Halloween party ideas 2015


Selangor mencatat jumlah kemalangan tertinggi termasuk membabitkan maut di seluruh negara sepanjang tempoh empat hari pertama Ops Selamat 9/2016.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mahamad Khir Darus, berkata berdasarkan rekod sejumlah 6,312 kes kemalangan direkodkan berlaku sepanjang tempoh itu, iaitu meningkat 10.7 peratus berbanding 5,702 kes pada 2015.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 64 kes membabitkan kemalangan maut dengan 73 kematian yang direkod menurun 102 kematian melalui 89 kemalangan maut pada tahun lalu.

"Dari jumlah kemalangan yang berlaku, Selangor mencatat kemalangan paling tinggi iaitu 2,051 kes, diikuti Kuala Lumpur (895), Johor (859), Pulau Pinang (478) dan Perak (435).

"Selain itu, Selangor juga mencatat jumlah tertinggi kemalangan maut dengan 16 kes, diikuti Perak dan Johor masing-masing tujuh kes, manakala Pahang dan Pulau Pinang pula masing-masing enam kes," katanya ketika ditemui di sini, petang ini.

Terdahulu, beliau yang ditemani Komander Subtek Zon Utara, Superintenden Ahmad Adnan Basri, turut melawat Markas Taktikal Ops Selamat Zon Utara di Sekolah Latihan Akademi Kepolisian (SLAK) di sini.

Sementara itu, Mahamad Khir berkata sepanjang empat hari operasi ini juga, sejumlah 70,775 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pemandu.

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan lebih 1,000 saman dengan majoriti kesalahan membabitkan penggunaan telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan dan garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, kesalahan had laju dan lampu isyarat, selain lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

"Dalam operasi ini juga enam kesalahan utama akan dikenakan saman serta-merta RM300, di mana tiada tolak ansur diberikan...kita juga akan memberi tumpuan utama kepada penggunaan lorong kecemasan oleh pengguna di lebuh raya," katanya. (C) Berita Harian

Post a Comment

Mazuki Mustaffa

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} Tadaa!!! {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}
Powered by Blogger.