Honda Sahkan Inflator Beg Udara Pecah Punca Kematian

Seorang wanita berusia 44 tahun telah maut dalam satu kemalangan apabila kereta Honda milik mang...


Seorang wanita berusia 44 tahun telah maut dalam satu kemalangan apabila kereta Honda milik mangsa hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara, berdekatan Simpang Uptown Kota Damansara.

Dalam kejadian itu, mangsa, Norazlin Haron, 44, memandu kereta Honda telah bergesel dengan kereta Mercedes Benz dari Sri Gombak menghala ke arah Kota Damansara.

Ketika pemeriksaan dilakukan, pihak bomba mendapati mangsa tidak tersepit berikutan kereta mangsa hanya bergesel dalam kemalangan itu. Petugas perubatan dari Hospital Sungai Buloh telah mengesahkan mangsa meninggal dunia manakala tiga anak mangsa tidak mengalami kecederaan termasuk pemandu sebuah lagi kereta.

Honda Sahkan Inflator Beg Udara Pecah Punca Kematian

Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini mengesahkan inflator beg udara Takata Single Stage (SDI) bahagian pemandu pecah dalam kemalangan yang mengorbankan seorang wanita di Petaling Jaya.

Dalam kenyataan hari ini, Honda berkata perkara itu disahkan ketika pemeriksaan oleh Polis Diraja Malaysia bahawa inflator beg udara SDI bahagian pemandu pecah dalam kemalangan membabitkan Honda City 2005 itu.

“Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu termasuk dalam Kemas Kini Produk Malaysia (dipanggil semula) yang diumumkan pada 21 Mei 2015, memerlukan inflator beg udara Takata SDI bahagian hadapan pemandu diganti,".

Menurut Honda, sejak 2015 kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu termasuk dalam panggilan semula bagi inflator beg udara Takata bahagian pemandu dan inflator beg udara Takata bahagian penumpang.

"Tiga notis panggilan semula dihantar kepada pemilik. Rekod kami menunjukkan pembaikan bagi panggilan semula itu tidak pernah selesai," katanya.

Dalam kemalangan semalam, wanita berusia 44 tahun maut selepas kenderaannya terbabit dalam kemalangan kecil dengan sebuah kereta di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, kereta Honda City dipandu mangsa dikatakan bergesel dengan Mercedes Benz dan bomba yang tiba mendapati wanita itu sudah meninggal dunia dengan beg udaranya terbuka.

Honda Malaysia kini sedang berhubung dengan wakil keluarga pemandu berkenaan bagi menyelesaikan perkara yang sepatutnya dan tidak akan menyiarkan sebarang maklumat peribadi mereka yang berkenaan sebagai menghormati keluarga mangsa.

Rujukan: http://www.hmetro.com.my/node/148361

Mangsa Tidak Hantar Kereta Honda Untuk Ganti Beg Udara Takata

PETALING JAYA: Honda City yang terbabit dalam kemalangan meragut nyawa seorang wanita di Kota Damansara semalam disahkan dipanggil balik pada Mei 2015 tetapi pemiliknya ketika itu tidak berbuat demikian.

Honda Malaysia Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan rekod syarikat itu menunjukkan tiga notis panggilan balik dihantar kepada pemilik berkenaan untuk menggantikan inflator beg udara Takata di bahagian penumpang dan pemandu.

“Rekod kami menunjukkan pembaikan untuk panggilan balik itu tidak pernah disempurnakan,” menurut kenyataan itu.

Rujukan: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/06/27/pemilik-tidak-hantar-honda-city-ganti-beg-udara-takata/

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Honda Sahkan Inflator Beg Udara Pecah Punca Kematian
Honda Sahkan Inflator Beg Udara Pecah Punca Kematian
https://3.bp.blogspot.com/-UYJpZzA9v2A/V3FUuB79x5I/AAAAAAAACMs/QLuOwnSOEF0HrpTzJcDZKlYDOj09p-tnQCLcB/s640/Honda%2BBeg%2BUdara%2BPecah%2B1.PNG
https://3.bp.blogspot.com/-UYJpZzA9v2A/V3FUuB79x5I/AAAAAAAACMs/QLuOwnSOEF0HrpTzJcDZKlYDOj09p-tnQCLcB/s72-c/Honda%2BBeg%2BUdara%2BPecah%2B1.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2016/06/inflator-beg-udara-pecah-punca-maut.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2016/06/inflator-beg-udara-pecah-punca-maut.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy