Hilang Anak Kerana Antivaksin, Keputusan Majlis Fatwa Berkenaan Vaksin

Kisah ini diceritakan oleh pengguna facebook, Rohaida Ramli berkenaan pengalaman beliau kehilangan a...

Kisah ini diceritakan oleh pengguna facebook, Rohaida Ramli berkenaan pengalaman beliau kehilangan anak pada November 2015 yang lalu. Anak beliau yang berusia 59 hari itu telah meninggal dunia kerana dijangkiti jangkiti batuk kokol -patosis dari antivaksin.
Assalamualaikum..
Pertama sekali alfatihah untuk puteri kesayanganku Nur Hanny Saffiya yg telah kembali kepada penciptanya....pada 21.nov.2015.....pada usia 59hari....
Ibu dan ayah redho pada ujian ini....satu kehilangan sangat menyedihkan.... Sekelip mata segalanya berubah... Hasil dari results mendapati anak saya dijangkiti batuk kokol -patosis dari antivaksin..... Sangat mengejutkan kerana x sempat hanny mendapat vaksin tuk bby 2 bln.... Keadaannya benar -benar tenat.... Yg paling memilukan hampir 2minggu saya menjaganya di hp. saya terpaksa melihat hanny dlm keadaan yg cukup menyayat hati..... Batuk yg berpanjangan, sehinggalah hanny diberi mesin bantuan pernafasan.... Akhirnya hanny pergi jua setelah berjuang selama hampir 2 minggu...Saya x dapat bercerita lagi kerana sebak hati bila mengingatinya.... 😢.. Amat penting vaksin untuk ank -...sedarlah ibu dan bapa diluar sana.... Beri anak vaksin... Jgn disebabkan kedegilan anda ,anak -anak kami menjadi mangsa.... Penularan pelbagai penyakit sekarang ne.... Jangan ambil mudah... Hingga meragut nyawa org lain.... 
Luahan pengguna facebook

Keputusan Majlis Fatwa Berkenaan Beberapa Jenis Vaksin - Halal atau Haram? 

1) Imunisasi Hepatitis B

Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-22 yang bersidang pada 24 November 1988 telah membincangkan Imunisasi Hepatitis B.

Muzakarah telah memutuskan bahawa vaksin untuk Imunisasi Hepatitis B yang dihasilkan daripada ragi adalah tidak najis dan harus digunakan untuk tujuan tersebut kerana ragi adalah suatu bahan yang suci.

2) Vaksin Human Papilloma
Virus (HPV)

Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia kali ke-92 yang bersidang pada 15 - 17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

a. Setelah mendengar taklimat daripada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan serta pandangan dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam menggesa umatnya supaya menjaga kesihatan kerana penjagaan kesihatan seseorang individu akan menentukan tahap dan mutu kesihatan masyarakat secara umumya.

Pemberian vaksin merupakan jalan pencegahan awal yang diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha mengelakkan penyebaran virus di kalangan wanita.

b. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yang telah dipastikan tiada unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudharatan adalah diharuskan bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim (servik) dalam kalangan wanita.

c. Muzakarah juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna atau digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan syarak.

3) Vaksin Meningitis Menveo

Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-94 yang bersidang pada 20 hingga 22 April 2011 membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo.

Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

a. Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan meneliti keterangan, hujah-hujah serta pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa proses penghasilan vaksin menveo keluaran syarikat Novartis Vaccines adalah sama sepertimana penghasilan vaksin mencevax keluaran Syarikat Glaxo Smith Kline (GSK).

b. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan pada dasarnya hukum penggunaan vaksin menveo adalah harus atas dasar dharurah sama seperti vaksin mencevax yang diputuskan pada Muzakarah kali ke-53 bertarikh 27 November 2002 kerana sehingga kini masih belum ada mana-mana vaksin meningococcal meningitis yang dihasilkan 100 peratus halal dan suci daripada awal hingga akhir proses penghasilannya.

c. Bagaimanapun untuk maslahah umat Islam, Muzakarah berpandangan antara kedua-dua vaksin ini, keutamaan adalah kepada vaksin mencevax yang telah digunakan sekian lama dan telah terjamin dari segi keberkesanan dan keselamatan kepada pengguna. Manakala vaksin menveo masih baharu di pasaran dan pemonitoran kesan jangka panjang masih berterusan.
d. Muzakarah juga berpandangan bahawa Sijil Halal tidak wajar diberikan kepada vaksin menveo kerana penentuan harus adalah atas dasar dharurah dan proses penghasilannya tidak mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

4) Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela)

Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-21 yang bersidang pada 12 September 1988 telah membincangkan Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela).

Muzakarah telah memutuskan bahawa vaksin rubela yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan pada masa ini tidak najis dan hukumnya harus digunakan untuk suntikan dalam badan bagi mencegah penyakit rubela.

5) Vaksin Meningococcal Meningitis

Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-53 yang bersidang pada 27 November 2002 membincangkan Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang Islam.

Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan pelalian meningococcal meningitis mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah harus.
Manakala vaksin pelalian meningococcal miningitis monumune yang mengandungi unsur daripada babi adalah haram.

6) Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya

Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008, telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya.

Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax dan RotaTeg adalah tidak dibenarkan kerana:

a. Situasi kini dianggap tidak dharurat.

b. Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan keduadua vaksin.

c. Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.

Rujukan: Portal Rasmi Fatwa Malaysia, http://www.e-fatwa.gov.my/

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Hilang Anak Kerana Antivaksin, Keputusan Majlis Fatwa Berkenaan Vaksin
Hilang Anak Kerana Antivaksin, Keputusan Majlis Fatwa Berkenaan Vaksin
https://3.bp.blogspot.com/-Z8n_Xy3bZNs/V3EwXs2P90I/AAAAAAAACMU/T-Szdr8GzjgoNohNgeWLPsM525JpkFAawCLcB/s640/anti%2Bvaksin%2B2.PNG
https://3.bp.blogspot.com/-Z8n_Xy3bZNs/V3EwXs2P90I/AAAAAAAACMU/T-Szdr8GzjgoNohNgeWLPsM525JpkFAawCLcB/s72-c/anti%2Bvaksin%2B2.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2016/06/hilang-anak-kerana-antivaksin-keputusan.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2016/06/hilang-anak-kerana-antivaksin-keputusan.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy