Gumpalan Awan Menakutkan Penduduk Kota Kinabalu [+6 Foto]

KOTA KINABALU - Pembentukan awan yang luar biasa kelihatan seperti 'gelombang besar' dan &...

KOTA KINABALU - Pembentukan awan yang luar biasa kelihatan seperti 'gelombang besar' dan 'Puting beliung' di beberapa daerah di pantai barat Sabah, telah menggemparkan penduduk.

Difahamkan bahawa gumpalan awan luar Biasa itu mula disedari pada pukul 7.30 pagi hingga 8 pagi ketika gerimis sebelum diikuti dengan hujan lebat.

Penduduk Kampung Lumat, Sitti Mahrah Mohd Desa, 32, berkata beliau melihat kumpulan awan dalam perjalanan untuk bekerja di bandar Beaufort-komen pada 7.40 pagi.

“Ini kali pertama saya melihat keadaan awan seperti itu menyebabkan timbul rasa takut.

“Cuaca ketika itu mendung, sedikit berangin dan gerimis. Bagaimanapun, selepas hujan , keadaan awan kembali seperti biasa,”

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Padas Damit, Marif Yusof, berkata ketika kejadian, warga sekolah mengadakan perhimpunan mingguan di padang sekolah.

“Semua guru dan murid terkejut melihat kepulan awan luar biasa itu. Tidak lama kemudian, hujan gerimis disertai angin kuat. Kita terpaksa hentikan perhimpunan kerana keadaan cuaca ketika itu agak membimbangkan.

“Tidak lama selepas itu, berlaku hujan lebat kira-kira dua jam sebelum keadaan kembali seperti biasa,” katanya.

Gambar gumpalan awan yang luar biasa ini telah tersebar secara meluas terutama di media sosial Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azmi Daud, berkata fenomena awan kelihatan seperti ombak pagi tadi dikenali sebagai garisan badai.



Beliau berkata, keadaan itu adalah hasil daripada tiupan angin dari arah laut yang menyebabkan awan kelihatan bergulung-gulung seperti ombak. BeritaHarian

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Gumpalan Awan Menakutkan Penduduk Kota Kinabalu [+6 Foto]
Gumpalan Awan Menakutkan Penduduk Kota Kinabalu [+6 Foto]
https://3.bp.blogspot.com/-1oABynPjou4/V3FcQFDpabI/AAAAAAAACNQ/LlIWZARHnE8xoQkjkcHJZ1giqh1fmthPACLcB/s640/garisan%2Bbadai%2B1.PNG
https://3.bp.blogspot.com/-1oABynPjou4/V3FcQFDpabI/AAAAAAAACNQ/LlIWZARHnE8xoQkjkcHJZ1giqh1fmthPACLcB/s72-c/garisan%2Bbadai%2B1.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2016/06/gumpalan-awan-menakutkan-penduduk-kota.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2016/06/gumpalan-awan-menakutkan-penduduk-kota.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy