SAYA berusia 35 tahun dan pernah menjalani rawatan IVF. Saya tidak dapat hamil apabila salur peranakan diikat selepas melahirkan anak ketiga atas sebab kesihatan, tetapi prosedur IVF itu gagal. 

Selepas dua bulan, saya mula mengalami pelbagai alahan menyerupai tanda awal kehamilan.

Kerana terlalu terganggu, saya membuat ujian awal kehamilan di rumah dan dikejutkan dengan keputusan positif. Untuk pengetahuan doktor, ujian itu dibuat sehari sebelum saya sepatutnya datang haid. 

Bagaimanapun seperti dijadualkan, haid saya tetap datang juga keesokannya.

Untuk maklumat tambahan, saya mempunyai kitaran haid tetap iaitu 26 hari dan anak bongsu kini berusia empat tahun. 

Apa sebenarnya berlaku selepas peranakan diikat. Adakah kemungkinan ikatan peranakan terbuka dan adakah saya boleh hamil secara normal selepas ini? 

Dalam kes saya, adakah kehamilan ini dipanggil ‘Chemical pregnancy’. - 

JAWAPAN

Melalui kaedah IVF untuk hamil semula selepas diikat saluran ‘fallopian’ adalah kaedah yang terbaik untuk puan. Selepas saluran ‘fallopian’ diikat, saluran yang penting di mana persenyawaan berlaku sudah rosak teruk atau tersumbat secara keseluruhan. 

Adalah amat sukar untuk puan mengandung tanpa IVF. Tambahan lagi risiko mengandung di luar rahim (ektopik) adalah tinggi sekiranya saluran ‘fallopian’ ini disambung semula. Adalah tidak mungkin saluran ‘fallopian’ ini terbuka semula tanpa pembedahan.

Puan tahu semasa kaedah IVF dilakukan, ovum yang diambil untuk persenyawaan di makmal memerlukan puan melalui induksi ovulasi. Prosedur ini bertujuan menghasil sebanyak mungkin ovum untuk persenyawaan di kemudian hari. 

Suntikan yang diambil setiap hari semasa induksi menyebabkan banyak telur atau ‘folikel’ terhasil. Akibatnya, berlaku jumlah peningkatan hormon estrogen yang berlipat ganda daripada biasa. Jika dibandingkan dengan kitaran haid yang normal setiap bulan, hanya satu atau dua telur dirangsang. 

Kadar hormon estrogen yang terlalu tinggi menyebabkan seseorang itu mengalami loya, muntah, sukar bernafas, perut kembung kerana masalah retensi air dalam badan. Di samping itu berlaku perubahan bahan kimia dalam badan. Ini adalah sindrom ‘hiperstimulasi’ yang berbahaya. Oleh sebab itu, puan berasa seperti mengandung.

Ujian kencing yang positif bukan secara mutlaknya mengesahkan puan mengandung. Ujian air kencing yang positif lemah (weak positif) boleh berlaku pada segelintir kecil wanita kerana ujian ini kadangkala memerangkap hormon lain yang mempunyai struktur sama seperti hormon mengandung. 

Saya rasa jika puan katakan ini ‘chemical pregnancy’ ada betulnya. ‘Chemical pregnancy’ adalah kehamilan yang hanya dapat dibuktikan dengan ujian darah tetapi tidak dengan ‘ultrasound’.

Apa yang penting, puan mengalami haid semula. Langkah selanjutnya adalah melakukan semula IVF. 

Semoga puan berjaya dan saya berdoa puan dikurniakan seorang lagi zuriat.

Sumber: Arkib Berita Harian

Post a Comment

Mazuki Mustaffa

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} Tadaa!!! {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}
Powered by Blogger.