Tiga Kali Pembedahan Caeseran - Adakah Masih Boleh Kembali Mengandung?

SAYA ada pertanyaan mengenai pembedahan caeseran. Saya menjalani pembedahan itu sebanyak tiga kali....

SAYA ada pertanyaan mengenai pembedahan caeseran. Saya menjalani pembedahan itu sebanyak tiga kali. Pertama, disebabkan air ketuban saya pecah dalam masa 32 minggu, anak kedua pula akibat masalah saya turun darah dan yang ketiga secara automatik saya perlu dibedah.


Peranakan saya pula sudah diikat selepas pembedahan ketiga. Persoalannya, apakah saya boleh hamil lagi? Untuk pengetahuan doktor, saya berumur 39 tahun dan anak bongsu pula berusia 5 tahun.

JAWAPAN

Puan Nor, sekiranya ingin mengandung buat kali keempat secara semula jadi, sememangnya Puan tidak boleh kerana saluran fallopian puan sudah diikat. Oleh itu, agak mustahil sekiranya puan boleh mengandung secara normal.

Justeru, hanya dengan bantuan pakar kesuburan, puan mungkin boleh hamil semula. Sebelum persenyawaan in-vitro (IVF) diperkenalkan, doktor lazimnya akan mencantumkan semula saluran fallopian yang sudah diikat tetapi peluang untuk mengandung adalah rendah tambahan pula risiko kandungan luar rahim adalah tinggi.

Pada masa kini, tiada pakar yang sanggup mencantum semula saluran fallopian ini kerana kerjanya teramat rumit. Tambahan pula pada zaman sekarang persenyawaan in-vitro banyak digunakan sekiranya puan ingin mengandung lagi.

Cara IVF ini tidak memerlukan saluran fallopian yang normal kerana persenyawaan akan berlaku di makmal dan selepas zigot/janin terbentuk ia akan dimasukkan ke dalam rahim wanita untuk pembesaran. Kaedah ini memerlukan kos yang tinggi kira-kira RM15,000 hingga RM20,000 ribu sekali percubaan.

Apakah risikonya sekiranya puan hamil pada usia 40 tahun? Pertamanya ialah tahap kesuburan puan turun mendadak kerana kualiti ovum yang terhasil adalah rendah. Oleh yang demikian sukar sedikit untuk menghasilkan zigot/janin yang baik. Ini akan menyebabkan keguguran kerap berlaku pada usia yang meningkat.

Keduanya, sekiranya puan mengandung, kecacatan pada baka atau gen adalah tinggi seperti sindrom Down. Pada usia 40 tahun, risiko Sindrom Down meningkat pada kadar 1 bagi setiap 80 orang. Dan, malangnya, dengan hanya menggugurkan kandungan itu dapat mengelakkan anak sindrom Down daripada dilahirkan.

Ketiga, masalah perubatan seperti darah tinggi dan kencing manis akan meningkat jika mengandung di usia lewat.

Di kalangan pakar-pakar kesuburan mungkin mereka tidak menasihatkan untuk mengandung lagi kerana kesukaran mendapat janin yang baik.

Keempat, jika sekiranya puan mengandung selepas pembedahan tiga kali. Risiko uri melekat dan uri di bawah adalah tinggi, Ini mengakibatkan tumpah darah yang banyak semasa pembedahan nanti.

Oleh kerana itu saya tidak menggalakkan puan untuk cuba mengandung lagi kerana sebab-sebab di atas.

Sumber: Arkib Berita Harian

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Tiga Kali Pembedahan Caeseran - Adakah Masih Boleh Kembali Mengandung?
Tiga Kali Pembedahan Caeseran - Adakah Masih Boleh Kembali Mengandung?
https://3.bp.blogspot.com/-NTPOwOxyDkE/VUzXr76dv7I/AAAAAAAABao/YftDLNkBk4w/s200/cesarean.PNG
https://3.bp.blogspot.com/-NTPOwOxyDkE/VUzXr76dv7I/AAAAAAAABao/YftDLNkBk4w/s72-c/cesarean.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/05/tiga-kali-pembedahan-caeseran-adakah.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/05/tiga-kali-pembedahan-caeseran-adakah.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy