Tidak Hamil Selepas 2 Tahun Keguguran - Adakah Sista (Cyst) Menjadi Puncanya?

Saya pernah keguguran sewaktu kandungan berusia lima bulan. Hampir dua tahun selepas keguguran, saya...

Saya pernah keguguran sewaktu kandungan berusia lima bulan. Hampir dua tahun selepas keguguran, saya belum hamil lagi. Tempoh kitaran haid saya setiap bulan adalah tetap. Untuk pengetahuan doktor, saya pernah membuat pemeriksaan dengan pakar perbidanan dan sakit puan yang mendapati ada ketumbuhan cyst atau sista. Doktor itu memaklumkan, apabila saya hamil dengan sendirinya sista itu akan hilang. Namun, saya masih risau apakah sista ini punca saya lewat hamil? Apakah saranan dari doktor untuk mengatasi masalah ini?

JAWAPAN

Puan Nina, kesukaran puan untuk hamil kali ini mungkin bukan disebabkan oleh ‘cyst’ atau sista pada ovari puan. Sukar bagi saya untuk memberikan butiran tepat kerana permasalahan puan itu dinyatakan secara ringkas. Kami, sebagai doktor sememangnya memerlukan butiran lebih terperinci berserta melakukan beberapa pemeriksaan dan ujian sebelum dapat memberikan nasihat dengan tepat mengenai masalah kesuburan dan juga sista ini.

Mungkin ujian imbasan ultrasound ini puan lakukan lama dulu. Justeru, puan perlu melakukan ujian imbasan ultrasound sekali lagi bagi memastikan atau mengesahkan sama ada sista ini ada atau tidak serta saiz pembesarannya, jika ada.

Untuk makluman puan, sista ini sememangnya kerap ditemui dalam imbasan ultrasound kerana secara semula jadinya, wanita akan melalui proses ovulasi setiap bulan. Sebelum ovulasi berlaku, sista-sista folikel terbentuk dan sista yang matang adalah dalam ukuran dua sentimeter. Sists-sista ini tidak membawa apa-apa kesan kerana ia akan hilang selepas haid.

Ada juga sista-sista yang yang menjejaskan kesuburan seperti sista endometriosis. Malah endometriosis boleh mengganggu kesuburan dengan merosakkan saluran fallopian seseorang wanita dan juga menyebabkan kualiti ovum/telur yang dihasilkan itu rendah. Ini menyukarkan persenyawaan antara ovum dan sperma. Pesakit endometriosis akan mengalami senggugut setiap bulan.

Sista ovari biasanya mengandungi air jernih dan ia boleh membesar sehinggakan tisu-tisu dan folikel-folikel ‘tersepit.’ Kadangkala, ia turut menyebabkan haid tidak menentu.

Seperti yang dicadangkan, puan perlu berjumpa semula pakar untuk mengesahkan sista ini. Sista ini boleh dibuang dengan kaedah laparaskopi yang membolehkan doktor melihat sama ada saluran fallopian puan tersumbat atau tidak.

Pertemuan dengan doktor pakar itu juga membolehkan doktor melakukan beberapa ujian menentukan tahap kesuburan puan dan suami serta kaedah bagi membantu puan hamil. Punca utama seseorang itu sukar hamil adalah disebabkan oleh masalah ovulasi. Ovari juga sukar menghasilkan ovum jika wanita itu mengalami masalah berat badan berlebihan atau kegemukan.

Sumber: Arkib Berita Harian

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Tidak Hamil Selepas 2 Tahun Keguguran - Adakah Sista (Cyst) Menjadi Puncanya?
Tidak Hamil Selepas 2 Tahun Keguguran - Adakah Sista (Cyst) Menjadi Puncanya?
http://4.bp.blogspot.com/-VgTfVd7Inzs/VUpDNuWJ6eI/AAAAAAAABYE/mav2UtXBcFE/s1600/cyst%2Batau%2Bsista%2Bpada%2Bovari.PNG
http://4.bp.blogspot.com/-VgTfVd7Inzs/VUpDNuWJ6eI/AAAAAAAABYE/mav2UtXBcFE/s72-c/cyst%2Batau%2Bsista%2Bpada%2Bovari.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/05/tidak-hamil-selepas-2-tahun-keguguran.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/05/tidak-hamil-selepas-2-tahun-keguguran.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy