Pembedahan Membuang Fibroid dan Sista Punca Sukar Hamil?

Saya pernah menjalani pembedahan membuang fibroid dan sista di sebuah hospital swasta pada hujung ta...

Saya pernah menjalani pembedahan membuang fibroid dan sista di sebuah hospital swasta pada hujung tahun 2009. Selepas pembedahan saya diminta untuk mengambil suntikan menghalang dari datang haid selama empat kali untuk empat bulan berturut-turut (Januari -April 2010). 

Suntikan itu bertujuan untuk membantu melambatkan sista muncul semula dengan cepat. Selepas habis tempoh suntikan saya dinasihatkan mengandung bagi melambatkan sista muncul kembali. 

Selepas setahun berkahwin, sudah pasti kami mahukan zuriat. Pada Mei 2010, saya mulai datang haid dengan teratur setiap bulan sehingga sekarang. Pada bulan pertama dan kedua, darah yang keluar berbau hamis seperti darah bersalin dan berwarna kehitaman serta berketul-ketul. Kenapa ini berlaku?

Mengapa sehingga sekarang saya masih sukar untuk hamil sedangkan kitaran haid saya kembali teratur?

Jawapan:

PUAN Eni, pembedahan sista yang puan lalui pada tahun 2009 adalah kerana endometriosis pada ovari. Ini suatu penyakit wanita yang kronik kerana rawatannya memerlukan pembedahan dan suntikan hormon supaya haid berhenti untuk beberapa bulan dan paling sukar untuk diterima adalah ia boleh berulang dan memerlukan pembedahan sekali lagi.

Sukar sebenarnya untuk memberhentikan endometriosis dari terus membesar kerana ia bergantung kepada hormon estrogen dalam badan. Ini bermakna endometriosis hanya akan ‘hilang’ apabila wanita itu putus haid.

Walaupun selepas pembedahan dan juga suntikan, kemungkinan ovulasi tidak terjadi untuk beberapa bulan selepas haid terjadi dan kalau pun ada, kemungkinan kualiti ovum yang terhasil tidak berapa baik untuk masalah endometriosis ini.

Darah haid yang keluar selepas beberapa bulan terhenti kerana suntikan selalunya banyak dan berketul-ketul. Ini sama juga dengan masalah haid selepas melahirkan anak.

Pada pendapat saya, puan perlu beri masa enam bulan lagi dan sekiranya puan tidak juga hamil puan berjumpalah dengan doktor pakar.

Sama ada saluran falopia puan tersumbat atau tidak adalah di antara ujian yang amat penting untuk dilakukan. Potensi untuk saluran falopia tersumbat adalah tinggi kerana pembedahan itu sendiri dan juga endometriosis. Disamping itu doktor akan melakukan beberapa ujian untuk menentukan tahap kesuburan puan dan suami.

Untuk pengetahuan puan, waktu subur adalah pada hari 11 sehingga 17 setiap bulan. Hari pertama adalah hari pertama haid turun. Sekiranya saluran falopia tersumbat maka kaedah persenyawaan in –vitro(IVF) adalah terbaik untuk mengandung.

Sumber: Arkib Berita Harian

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Pembedahan Membuang Fibroid dan Sista Punca Sukar Hamil?
Pembedahan Membuang Fibroid dan Sista Punca Sukar Hamil?
http://3.bp.blogspot.com/-J7IMVDgpM2o/VUpGEMwYxuI/AAAAAAAABYc/UWKvX_BHgp8/s1600/fibroid.PNG
http://3.bp.blogspot.com/-J7IMVDgpM2o/VUpGEMwYxuI/AAAAAAAABYc/UWKvX_BHgp8/s72-c/fibroid.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/05/pembedahan-membuang-fibroid-dan-sista.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/05/pembedahan-membuang-fibroid-dan-sista.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy