Kesan Pembedahan Caeserean - Berapa Lama Masa Untuk Selamat Kembali Hamil?

SAYA berkahwin sejak dua tahun lalu. Baru-baru ini, saya menjalani pembedahan Caesarean tetapi bayi ...

SAYA berkahwin sejak dua tahun lalu. Baru-baru ini, saya menjalani pembedahan Caesarean tetapi bayi saya meninggal dunia kerana kelahiran pramatang. Berapa lamakah masa untuk saya merancang kehamilan sebelum dapat mengandung semula? Apakah ada sebarang risiko jika hamil sejurus habis pantang?

Jawapan:

Salam takziah di atas kematian bayi Puan N. Sememangnya setiap kandungan itu amat diinginkan apatah lagi selepas baru berumahtangga. Tetapi pada masa sama, kita tidak boleh menolak takdir yang ditetapkan oleh Ilahi.

Oleh itu pertama kali puan mesti reda dengan apa yang berlaku dengan kehendak-Nya dan kita memang tidak ketahui kebaikan di sebaliknya. Apa yang saya maksudkan di sini, puan mesti bersiap sedia dari segi emosi sebelum puan boleh mengandung. Biarkan emosi dan ketidaktentuan fikiran ini berlalu dan stabil kembali.

Saya selalu menasihatkan pesakit, pastikan mental kita sudah bersedia dan kita reda dan tidak perlu mengungkit apa yang sudah berlaku. Pastikan soalan kenapa anak puan meninggal sudah terjawab dan puan berpuas hati dengan jawapan yang diberi.

Dari segi perubatan, saya tidak menasihatkan untuk terus mengandung dalam waktu terdekat ini. Walaupun luka pembedahan sudah pulih, tetapi mengandung dalam waktu terdekat sebenarnya mempunyai risiko tinggi sedikit, iaitu kemungkinan rahim pecah ketika melahirkan dibandingkan selepas setahun atau dua tahun selepas pembedahan itu.

Bukan itu saja, masalah anemia iaitu haemoglobin rendah juga tinggi kerana kekurangan zat besi yang sudah digunakan ketika kandungan pertama. Anemia boleh menyebabkan kita pucat, letih dan kurang bermaya ketika hamil.

Perlu diingatkan kalau diberi pilihan, tangguhkan dulu keinginan mengandung ini selama 8 - 10 bulan, untuk memberi masa kepada rahim betul-betul pulih. Gunakan waktu ini untuk memulihkan fizikal dan mental puan terlebih dulu.

Sumber: Arkib Berita Harian

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Kesan Pembedahan Caeserean - Berapa Lama Masa Untuk Selamat Kembali Hamil?
Kesan Pembedahan Caeserean - Berapa Lama Masa Untuk Selamat Kembali Hamil?
http://3.bp.blogspot.com/-oOZIRVIb-i8/VUpEVJIorSI/AAAAAAAABYQ/o2owqT0KUSY/s1600/pembedahan%2Bcesarean.PNG
http://3.bp.blogspot.com/-oOZIRVIb-i8/VUpEVJIorSI/AAAAAAAABYQ/o2owqT0KUSY/s72-c/pembedahan%2Bcesarean.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/05/kesan-pembedahan-caeserean-berapa-lama.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/05/kesan-pembedahan-caeserean-berapa-lama.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy