Kegatalan Kulit Ketika Hamil - Apakah Punca dan Kesan Kepada Kandungan?

Saya berusia 28 tahun dan sedang hamil 31 Minggu. Sejak tiga hingga empat minggu kebelakangan ini, s...

Saya berusia 28 tahun dan sedang hamil 31 Minggu. Sejak tiga hingga empat minggu kebelakangan ini, saya gatal-gatal pada hampir seluruh anggota badan seperti tapak kaki, kaki, tapak tangan, tangan, muka, leher, kulit kepala, belakang badan, punggung dan sekitar alat sulit sehingga mengganggu aktiviti seharian. Selepas berjumpa doktor dan mengambil contoh darah, saya disahkan tidak mengalami masalah hati.

Jadi doktor hanya memberi saya pil untuk menghilangkan gatal-gatal. Apakah punca kegatalan ini dan mengapa ia hadir ketika kandungan kian sarat? Adakah ia akan memberi kesan kepada kandungan dan apakah cara rawatan terbaik?

Kulit Gatal Risiko Kepada Kadungan
Jawapan:

PUAN Diana, saya rasa ini mungkin anak pertama anda. Semasa mengandung banyak perubahan-perubahan anatomi dan fisiologi berlaku. Ini adalah fenomena biasa dan adalah satu adaptasi semasa mengandung dan persediaan untuk bersalin.

Salah satu masalah yang kadangkala timbul semasa mengandung adalah kegatalan pada seluruh badan. Sebab itu saya menjangkakan ini anak pertama Diana kerana masalah kegatalan semasa mengandung akan berlaku kembali untuk anak-anak yang akan datang.

Ada dua jenis kegatalan iaitu kegatalan yang tidak mempunyai alahan pada kulit dan keduanya kegatalan yang mempunyai alahan pada kulit.

Kegatalan tanpa alahan kulit adalah masalah puan Diana. Ia dikenali sebagai Intrahepatic Chlolestatic of pregnancy (ICP). Punca sebenar tidak diketahui tetapi hormon estrogen mungkin menjadi punca utama.

Asid hempedu yang berlebihan akan menyebabkan kegatalan pada kulit. ICP berlaku selalunya pada trimester ketiga dan salah satu punca penyakit kuning semasa mengandung. Ujian darah mungkin menunjukkan peningkatan paras asid hempedu dalam darah dan kegatalan ini hilang dalam masa sebulan selepas bersalin.

Bagi kes-kes yang tidak serius, rawatannya adalah krim antigatal bagi mengurangkan masalah ini. Tetapi untuk kes-kes yang teruk, Ursodeoxycholic acid (UDCA) digunakan. UDCA ini dapat mempercepatkan perkumuhan asid-asid hempedu daripada hati. Ia cepat dan selamat di gunakan. ICP ini 60 hingga 70 peratus, akan berulang pada kandungan yang akan datang. Jika puan menggunakan pil perancang, mungkin kegatalan boleh berlaku.

Kegatalan yang datang bersama alahan kulit juga berlaku pada peringkat akhir kandungan. Alahan ini merupai ruam-ruam besar dan berlaku pada bahagian anggota badan yang terdedah kepada cahaya matahari. Salah satu jenis ini dipanggil Pemphigoid Gestationis. Alahannya lebih kepada bahagian dada dan perut.

Kesannya kepada kandungan adalah amat kecil seperti anak lemas, kematian, kelahiran pramatang atau tidak cukup bulan dan kegatalan berlaku bersama jaundis atau demam kuning.

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Kegatalan Kulit Ketika Hamil - Apakah Punca dan Kesan Kepada Kandungan?
Kegatalan Kulit Ketika Hamil - Apakah Punca dan Kesan Kepada Kandungan?
https://2.bp.blogspot.com/-9-PeQxS9s-o/VU-XW-0f5-I/AAAAAAAABb0/l0NL0a6zmQQ/s200/gatal%2Bkulit%2Brisiko%2Banak%2Bmati.png
https://2.bp.blogspot.com/-9-PeQxS9s-o/VU-XW-0f5-I/AAAAAAAABb0/l0NL0a6zmQQ/s72-c/gatal%2Bkulit%2Brisiko%2Banak%2Bmati.png
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/05/kegatalan-kulit-ketika-hamil-apakah.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/05/kegatalan-kulit-ketika-hamil-apakah.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy