Bolehkah Prosedur Caesarean Dilakukan Pada Usia Kandungan 36 Minggu?

BOLEHKAH isteri saya menjalani prosedur caesarean pada usia kandungan 36 minggu? Adakah pada usia it...

BOLEHKAH isteri saya menjalani prosedur caesarean pada usia kandungan 36 minggu? Adakah pada usia itu kandungan sudah matang dan selamat menjalani prosedur berkenaan? Untuk pengetahuan Dr, saya mempunyai tiga anak lelaki dan semua lahir melalui kaedah sama. Semua anak saya itu juga lahir pada usia kandungan 38 minggu. Saya berharap anak keempat ini lahir sama dengan tarikh lahir saya yang kebetulan jatuh pada usia kandungan 36 minggu.

Jawapan: 

SAUDARA dari segi perubatan kandungan matang bila usia kandungan mencecah 38 minggu ke atas dikira dari hari pertama haid yang terakhir. Sekiranya bayi itu lahir sebelum 38 minggu, sama ada lahir secara normal atau pembedahan dianggap sebagai bayi pramatang. 

Dari segi obstetrik pula, kami amat selesa kalau seseorang bayi dilahirkan 36 minggu ke atas kerana pada usia ini peluang kelangsungan hayat adalah hampir sama dengan bayi yang lahir 38 minggu ke atas terutama jika berat bayi itu melebihi 2.5 kilogram. 

Selain kelangsungan hayat, kami juga melihat dari sudut morbiditi, masalah atau kesan tidak baik akibat kelahiran pramatang. Bayi pramatang mempunyai beberapa masalah yang kadangkala serius. 

Sebagai contoh, masalah pernafasan kerana paru-paru tidak matang, jantung berlubang, kegagalan organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan usus. 

Mereka juga boleh mengalami masalah mata, telinga dan elektrolite dalam badan. Bagi memberi lebih peluang kelangsungan hidup bayi ini terutama usia di bawah 36 minggu, kami memberi suntikan steroid pada ibu jika kelahiran pramatang tidak dapat dielakkan. 

Oleh kerana bayi pramatang mempunyai masalah perubatan yang tersendiri, maka kami tidak melakukan pembedahan caesarean di bawah 38 minggu kecuali dalam keadaan tertentu. Keadaan tertentu yang saya maksudkan adalah sebab perubatan seperti darah tinggi, kencing manis, tumbesaran bayi tidak normal dan air ketuban pecah terlalu awal. Ini semua bergantung kepada keadaan ibu dan bayi. 

Selepas kaunseling dilakukan kepada ibu bapa dan risiko sudah diterangkan, barulah kami melakukan prosedur kelahiran pramatang. Pada pendapat saya, melakukan caesarean pada usia bayi 36 minggu tanpa sebab perubatan adalah tidak tepat. Seandainya bayi itu mengalami masalah pramatang, ia boleh menimbulkan penyesalan nanti. Tuan berbincanglah dengan doktor. 

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Bolehkah Prosedur Caesarean Dilakukan Pada Usia Kandungan 36 Minggu?
Bolehkah Prosedur Caesarean Dilakukan Pada Usia Kandungan 36 Minggu?
https://2.bp.blogspot.com/-jEdfuAx0TNc/VU-Rar1-dfI/AAAAAAAABbc/mQjxTQch-PA/s200/pembedahan%2Bcesarean%2Bkelahiran.PNG
https://2.bp.blogspot.com/-jEdfuAx0TNc/VU-Rar1-dfI/AAAAAAAABbc/mQjxTQch-PA/s72-c/pembedahan%2Bcesarean%2Bkelahiran.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/05/bolehkah-prosedur-caesarean-dilakukan.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/05/bolehkah-prosedur-caesarean-dilakukan.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy