Halloween party ideas 2015

Saya berkahwin pada 2006 dan dua bulan kemudian, saya disahkan mengandung. Malangnya, kandungan saya hanya bertahan lima bulan. Selepas itu, selama tiga tahun saya gagal hamil. Selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan sperma suami saya kurang dan menyuruhnya mengambil ubat khas. 

Pada akhir tahun lalu, saya disahkan hamil lagi tetapi malangnya kandungan saya gugur sendiri selepas dua bulan. Saya tidak faham kenapa kandungan saya selalu tidak dapat diselamatkan. Apakah ini disebabkan rahim saya tidak kuat?

Punca Keguguran Trimester Pertama
Jawapan: 

Puan Shafiza, pada pendapat saya kedua-dua keguguran yang puan alami tiada kaitan antara satu sama lain. Mengikut kajian, 50 peratus keguguran pada trimester pertama atau tiga bulan pertama iaitu di bawah usia kandungan 12 minggu, berpunca daripada masalah genetik. Bakinya adalah disebabkan jangkitan virus, antibodi, ubatan dan kimia. Tetapi masih terlalu banyak punca yang tidak diketahui. 

Kesempurnaan pertumbuhan embrio memerlukan interpretasi DNA yang tepat. Sekiranya berlaku interpretasi yang silap maka embrio tidak boleh hidup. Oleh kerana itu keguguran pada trimester pertama sukar untuk dirawat kerana faktor genetik ini yang di luar kawalan perubatan. 

Keguguran trimester kedua dari 12 hingga 24 minggu mempunyai sebab-sebab lain. Faktor genetik bukanlah punca utama. Di sini mungkin ada kecacatan pada janin yang menyebabkan kematian janin pada peringkat awal kandungan. 

Jika rahim mempunyai masalah anatomi seperti adanya septum dalam rongga rahim. Septum ini menyukarkan uri untuk melekat dan mengganggu pengaliran darah pada uri. Jarang sekali ada segelintir wanita yang mempunyai masalah pintu rahim yang ‘incompetence.’ 

Selain itu, jangkitan kuman pada vagina seperti streptococci kumpulan B boleh menyebabkan air ketuban pecah dan akibatnya, maka majoriti bayi dilahirkan pramatang atau tidak cukup bulan. Saya berpendapat ini mungkin punca keguguran pada usia kandungan lima bulan Puan. 

Saya cadangkan puan janganlah sama sekali berputus asa, Insya-Allah Tuhan akan mengganti semula apa yang DIA ambil. Sekiranya mengandung semula segeralah berjumpa doktor pakar untuk membantu kandungan puan. Jika benar suami puan memerlukan ubat bagi membanyakkan sperma, ambillah semula ubat itu. 

Sumber: Arkib Berita Harian

Post a Comment

Mazuki Mustaffa

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} Tadaa!!! {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}
Powered by Blogger.