Adakah Pakai IUCD Terlebih Masa Boleh Menyebabkan Jangkitan Kuman?

DOKTOR, saya berumur 43 dan sudah menggunakan IUCD selama tiga tahun. Sepatutnya IUD harus dibuka p...

DOKTOR, saya berumur 43 dan sudah menggunakan IUCD selama tiga tahun. Sepatutnya IUD harus dibuka pada bulan September namun sehingga kini IUCD itu masih belum dibuka. Saya bimbang dengan risiko yang bakal saya hadapi sekiranya membuka IUD lewat dari tempoh yang ditetapkan.


Bolehkah saya mendapat jangkitan kuman atau akan menjejaskan kesihatan saya?


JAWAPAN


Puan Ina tidak perlu bimbang tentang risiko kalau terlebih masa yang telah disarankan. Puan hanya lewat tiga bulan saja.

Tempoh tiga tahun yang disarankan oleh pengeluar IUCD itu adalah tempoh keberkesanan IUCD itu dapat mencegah kehamilan. Ini adalah melalui beberapa kajian yang telah dijalankan oleh mereka.

Selalunya terdapat beberapa bulan lagi ia masih berkesan mencegah kehamilan. Alat IUCD yang puan guna sekarang adalah Cu 250 yang mempunyai lilitan tembaga pada IUCD itu. Ia tidak membawa apa-apa kemudaratan semasa memakainya.

Penggunaan IUCD jenis Cu 250 ini menyebabkan darah haid yang banyak daripada biasa tetapi ia tidak memudaratkan. IUCD juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria dalam pelvis kerana IUCD ini ‘menarik’ bakteria melalui benang nilon yang terdedah dalam vagina. Ini bukannya komplikasi yang biasa berlaku. Selain dari itu IUCD juga kadangkala menyebabkan ‘spotting’ iaitu titisan darah selepas haid habis.

Oleh kerana itu saya cadangkan puan buka dan ganti IUCD baru secepat mungkin. Bukannya kesan sampingan yang saya bimbangkan tetapi keberkesanan untuk mencegah kehamilan berkurangan.

Saya takut puan hamil yang tidak dirancang kalau lambat menukarnya.

Sumber: Arkib Berita Harian

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Adakah Pakai IUCD Terlebih Masa Boleh Menyebabkan Jangkitan Kuman?
Adakah Pakai IUCD Terlebih Masa Boleh Menyebabkan Jangkitan Kuman?
https://2.bp.blogspot.com/-hxQf3SSs1Y0/VUzTAFjERrI/AAAAAAAABac/LJJB_kcbW0E/s200/iucd.PNG
https://2.bp.blogspot.com/-hxQf3SSs1Y0/VUzTAFjERrI/AAAAAAAABac/LJJB_kcbW0E/s72-c/iucd.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/05/adakah-pakai-iucd-terlebih-masa-boleh.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/05/adakah-pakai-iucd-terlebih-masa-boleh.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy