Saya amat risau masalah keputihan sejak sekian lama. Apakah ia petanda penyakit atau disebabkan kuman, apakah ia masalah sementara atau boleh berlanjutan? Apa puncanya dan bolehkah ia menyebabkan penghidap mandul?

Jawapan:

Puan, masalah keputihan adalah perkara biasa dan salah satu masalah yang membawa wanita berjumpa pakar. Keputihan atau lelehan lendir ada dalam dua cara iaitu keputihan fisiologi dan patologi. Keputihan fisiologi atau yang normal bersifat keputihan atau jernih, namun ada kala ia kekuningan kerana jangkitan kuman.

Perlu diingat, keputihan berlaku pada tempoh seminggu sebelum haid dan berlaku setiap bulan. Namun oleh kerana ada masanya ia terlalu banyak, wanita berasa kurang selesa dan gatal di sekitar alat sulit kerana kelembapan. Apabila ujian dibuat ke atas lendir itu, tiada sebarang bakteria yang ditemui.

Keputihan patologi pula disebabkan bakteria, kulat atau organisma lain. Ia amat mengganggu seperti masalah gatal yang serius, berbau, lelehan berwarna kekuningan selain sakit di bahagian bawah perut. Ujian ke atas keputihan itu lazimnya menunjukkan kehadiran mikro organisme atau kuman.

Pemakanan tidak menyebabkan keputihan berlebihan atau berkurangan. Mengenai kaitan dengan kemandulan pula, mungkin ada benarnya jika bakteria ini dapat memasuki pelvis yang mana saluran ‘falopian’ dijangkiti kuman dan tersumbat.

Berdasarkan pengalaman saya, mereka yang mempunyai masalah keputihan bermasalah pada permukaan pintu atau pangkal rahim. Ini disebabkan pintu rahim luka dan menyebabkan lelehan lendir terhasil. Selain itu, ada segolongan wanita mempunyai tabiat mencuci jauh ke dalam vagina dengan sabun cucian khas. Tabiat itu tidak baik kerana ia menggalakkan lebih banyak bakteria atau organisma lain untuk hidup dalam vagina.

Ada kuman ‘lactobacilli’ dalam vagina yang menghasilkan asid tinggi. Keadaan ‘asidik’ atau kehadiran asid yang tinggi dalam vagina menyukarkan kuman hidup. Namun, perbuatan mencuci sehingga jauh ke dalam vagina boleh membunuh kuman-kuman ‘lactobacvilli’ yang baik ini.

Saya cadangkan puan berjumpa pakar perbidanan dan sakit puan untuk pemeriksaan pintu atau pangkal rahim.

Juga lakukan pemeriksaan calitan Pap Smear bagi mengambil contoh keputihan untuk kajian di makmal yang akan memperincikan jenis kuman serta bagaimana untuk diubati. Puncanya biasanya daripada ‘candidiasis’, ‘vaginosis bacterial’ atau ‘trikomoniasis’.

Sumber: Arkib Berita Harian

Post a Comment

Mazuki Mustaffa

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} Tadaa!!! {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}
Powered by Blogger.