7 Faktor Risiko Menghidap Kencing Manis Jenis Kedua

Terdapat pelbagai faktor untuk mendapat kecing manis jenis kedua. Faktor keturunan dan genetik ad...

Terdapat pelbagai faktor untuk mendapat kecing manis jenis kedua. Faktor keturunan dan genetik adalah salah satu daripadanya, namun ia masih ada peluang untuk dielak. Apakah caranya dan apa jalan penyelesaian untuk mengurangkan risiko ini?

1. Obesiti

Risiko utama kepada kencing manis jenis kedua adalah obesiti atau kegemukan. Statistik yang dikeluarkan oleh The National Center for Health Statistics, 30 peratus golongan dewasa adalah obesiti mewakili kira-kira 60 juta orang. Semakin berlebihan berat badan bermakna semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis jenis dua kerana lemak dalam badan mengganggu kemampuan tubuh untuk menggunakan insulin juga dikenali 'Rintangan Insulin'.

Menurut kajian yang sama, kes lebihan berat badan dikalangan kanak-kanak juga meningkat 3 kali ganda sejak era 1980-an lagi. Secara tidak langsung bilang kanak-kanak yang didiagnosis menghidap kencing manis jenis dua turut meningkat.

2. Gaya Hidup Tidak Sihat

Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Physical Activity and Health (USA, 1996)  "Gaya hidup yang tidak sihat membawa kepada kemudaratan kepada kesihatan dan menjadi punca kepada masalah obesiti yang semakin hari semakin meningkat."

Gaya hidup yang tidak sihat dan obesiti menjadi gabungan kepada penyakit kencing manis jenis dua. Sel-sel otot mempunyai lebih banyak reseptor insulin berbanding sel-sel lemak, jadi seseorang itu boleh mengurangkan masalah rintangan insulin dengan cara bersenam.

Dengan gaya hidup aktif juga dapat merendahkan paras gula dalam darah secara tidak langsung akan membantu insulin untuk bekerja dengan lebih berkesan.

3. Gaya Pemakanan Yang Tidak Sihat

90 peratus pesakit yang didiagnosis kencing manis jenis dua adalah individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. Pemakanan yang tidak sihat adalah penyumbang utama. Berlebihan lemak, kurang fiber dan terlalu banyak karbohidrat ringkas menjadi penyumbang kepada kencing manis jenis dua. Dengan mengamalkan gaya pemakanan yang betul mampu untuk mengatasi masalah ini.

4. Sejarah Keluarga dan Genetik

Individu yang mempunyai ahli keluarga yang telah didiagnosis dengan kencing manis jenis dua adalah berisiko lebih tinggi untuk turut menghidap penyakit ini. Bagaimana pun, ia tidaklah semestinya berlaku kerana gaya hidup dan pemakanan masih memainkan peranan utama kepada penyakit kencing manis jenis dua ini.

5. Peningkatan Usia

Ia menyedikan namun inilah kebenarannya. Semakin meningkat usia kita, risiko untuk mendapat kencing manis adalah semakin tinggi. Walaupun tidak mempunyai masalah berat badan, risiko untuk mendapat kencing manis masih ada.

Para penyelidik berpendapat, ini berlaku disebabkan usia pankreas turut meningkat dan kecekapannya untuk mengepam insulin tidak lagi secekap ketika usia muda. Umur sel-sel kita juga turut menjadi rintangan kepada insulin.

6. Tekanan Darah Tinggi dan Kolestrol

Tekanan darah tinggi dan juga kolestrol adalah punca kepada banyak penyakit termasuk kencing manis. Ia bukan sahaja merosakkan saluran ke jantung anda, tetapi turut menjadi komponen utama dalam sindrom metabolik, obesiti, diet lemak yang tinggi dan kurang bersenam.

Mempunyai sindrom metabolik akan meningkatkan risiko untuk menghidap penyakit lain seperti penyakit jantung dan strok.

7. Sejarah Kencing Manis Ketika Hamil (Diabetes Gestasi)

Diabetes Gestasi memberi kesan kepada 4 peratus wanita hamil. Ia bermula apabila hormon dari plasenta menjadikan ibu resistan kepada insulin. Terdapat ramai wanita didapati menghidap kencing manis beberapa tahun kemudiannya. Anak yang dilahirkan juga berisiko pada kemudian harinya.

Disediakan Oleh: carasihat.selangor2u.com
Rujukan: What Increases My Risk of Diabetes?, http://www.webmd.com/diabetes/risk-factors-for-diabetes

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: 7 Faktor Risiko Menghidap Kencing Manis Jenis Kedua
7 Faktor Risiko Menghidap Kencing Manis Jenis Kedua
https://4.bp.blogspot.com/-mDtJr5htbpQ/VUyt684P4qI/AAAAAAAABZs/rUjRKtG3yRI/s200/risiko%2Bhidap%2Bkencing%2Bmanis.PNG
https://4.bp.blogspot.com/-mDtJr5htbpQ/VUyt684P4qI/AAAAAAAABZs/rUjRKtG3yRI/s72-c/risiko%2Bhidap%2Bkencing%2Bmanis.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/05/7-faktor-risiko-menghidap-kencing-manis.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/05/7-faktor-risiko-menghidap-kencing-manis.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy