Terdapat banyak tanda persamaan di antara kencing manis jenis 1 dan jenis 2. Kedua-duanya mengalami  masalah berlebihan glukosa dalam darah dan tidak mencukupi dalam sel badan.

Paras gula yang tinggi dalam situasi kencing manis jenis 1 adalah disebabkan kekurangan insulin kerana sel yang menghasilkan insulin telah musnah atau rosak. Insulin dihasilkan oleh organ dalam badan kita yang dipanggil pankreas.

Kencing manis jenis 2 pula terjadi apabila sel dalam badan telah menjadi kebal terhadap insulin yang dihasilkan. Sel-sel kemudiannya tidak mendapat glukosa yang mereka perlukan dan secara tidak langsung badan kita akan memberi tahu dengan menghasilkan tanda-tanda ini.

Tanda-tanda Anda Menghidap Kencing Manis

1. Kerap Membuang Air Kecil

Anda kerap pergi ke tandas akhir-akhir ini? Adakah anda sentiasa kencing  sepanjang hari? Anda akan membuang air kecil dengan kerap apabila kandungan glukosa pada paras tinggi dalam darah.

Apabila insulin tidak dihasilkan atau tidak berkesan, buah pinggang tidak dapat menapis glukosa untuk kembali ke dalam darah. Ini akan menyebabkan glukosa menjadi banyak dan air tambahan akan ditarik daripada darah untuk mencairkan glukosa ini.

Maka pundi kencing anda juga akan menjadi penuh membuatkan anda kerap membuang air kecil.

2. Dahaga Berterusan

Sentiasa berasa tidak cukup air dan anda minum air lebih banyak daripada biasa, ia adalah antara tanda kencing manis. Tanda ini diperkuatkan lagi jika anda turut kerap membuang air kecil daripada kadar kebiasaan.

Kerap membuang air kecil akan menyebabkan anda lebih meminum air kerana anda akan mengalami deidrasi. Ini perlu dilakukan untuk menggantikan air yang telah hilang.

3. Hilang Berat Badan

Kebiasaannya tanda ini berlaku pada penghidap kencing manis jenis 1. Dalam jenis1, pankreas berhenti menghasilkan insulin. Adalah kemungkinan disebabkan oleh serangan virus terhadap sel-sel pankreas atau disebabkan oleh tindak balas autoimun menyebabkan badan menyerang sel yang menghasilkan insulin.

Penurunan berat badan berlaku kerana badan akan mencari sumber tenaga oleh sebab badan tidak mendapat glukosa. Ia akan mula menyerang dengan memecahkan tisu otot dan lemak untuk mendapatkan tenaga.

Situasi ini tidak begitu ketara dalam kencing manis jenis 2.

4. Keletihan dan Kelesuan

Glukosa daripada makanan yang kita makan akan pergi ke dalam aliran darah dimana insulin sepatutnya memainkan peranan untuk memindahkan glukosa ke dalam sel badan. Kemudiannya sel badan akan memproses glukosa menjadi tenaga.

Apabila hal ini tidak berlaku, tiada insulin dan tiada tindak balas maka glukosa hanya berlegar diluar sel dalam aliran darah. Lalu badan akan menjadi lemah.

5. Kebas Pada Tangan dan Kaki

Simptom ini dikenali sebagai Neuropati. Ia berlaku secara beransur-ansur dan apabila paras gula dalam darah kekal tinggi ia akan merosakkan sistem saraf terutamanya pada bahagian kaki.

Kencing manis jenis 2 bermula secara beransur-ansur sehinggakan anda tidak menyedarinya. Paras gula yang tinggi telah berlaku beberapa tahun sebelum diagnosis dilakukan. Kerosakan sistem saraf menjadi semakin teruk tanpa disedari. Neuropati selalunya akan menjadikan lebih baik apabila paras gula dalam darah dapat dikawal dengan baik.

Tanda-tanda Lain yang Boleh Berlaku

Penglihatan kabur, kulit yang kering atau gatal, jangkitan yang kerap atau luka serta lebam yang mengambil masa yang lama untuk sembuh juga menjadi tanda kepada kencing manis.

Apabila tanda ini dikaitkan dengan kencing manis, ini adalah hasil daripada paras gula yang tinggi dalam badan. Jika terdapat tanda-tanda diatas, pastikan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang sewajarnya.

Disediakan oleh: Carasihat.selangor2u.com
Rujukan: "Discover the Warning Signs of Diabetes", www.webmd.com/diabetes/diabetes-warning-signs

Post a Comment

Mazuki Mustaffa

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} Tadaa!!! {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}
Powered by Blogger.