Perodua Patuhi Sepenuhnya Piawaian Keselamatan Domestik

KUALA LUMPUR ,- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mematuhi sepenuhnya piawaian keselamat...

KUALA LUMPUR,- Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan domestik yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia menerusi kementerian dan pelbagai agensi berkaitan.

Dalam satu kenyataan Isnin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat mengutamakan keselamatan.

Aminar berkata demikian sebagai menjawab dakwaan seorang blogger yang menggunakan nama Wolf Vaupel bahawa model Perodua Myvi dan Alza berisiko tinggi kepada pelanggan.

Vaupel dalam paparan bertarikh 10 Mac 2015 mendakwa kluster instrumen swanyala yang ada pada kedua-dua model tersebut adalah 'sangat berbahaya'.

Menurut blogger itu, panel instrumen swanyala tersebut boleh mengelirukan pemandu untuk beranggapan bahawa lampu besar kenderaannya dalam keadaan menyala.

"Kami ingin menjelaskan bahawa berdasarkan pertanyaan yang dibuat kepada pihak berkuasa dan juga syarikat insurans, tiada kaitan antara kluster instrumen swanyala dengan kemalangan jalan raya pada waktu malam," kata Aminar.

Beliau juga berkata ciri kluster instrumen swanyala itu turut terdapat pada kenderaan jenama antarabangsa lain.

Aminar berkata syarikat juga hairan dengan 'serangan' Vaupel yang hanya ditujukan kepada Perodua.

"Hakikatnya, generasi pertama Myvi iaitu bagi tempoh 2005-2011 mendapat pensijilan Euro 4 memandangkan Perodua dieksport ke UK sebelum ini. Sejak itu juga kami melakukan penambahbaikan terhadap ciri-ciri keselamatan untuk pelanggan kami," katanya. BERNAMA

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Perodua Patuhi Sepenuhnya Piawaian Keselamatan Domestik
Perodua Patuhi Sepenuhnya Piawaian Keselamatan Domestik
https://1.bp.blogspot.com/-UJSFzC8e4pY/VRbWyNBzahI/AAAAAAAABV4/jrvNatyu2_w/s1600/perodua%2Bpatuhi%2Bpiawaian%2Bkeselamatan.PNG
https://1.bp.blogspot.com/-UJSFzC8e4pY/VRbWyNBzahI/AAAAAAAABV4/jrvNatyu2_w/s72-c/perodua%2Bpatuhi%2Bpiawaian%2Bkeselamatan.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/03/perodua-patuhi-sepenuhnya-piawaian.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/03/perodua-patuhi-sepenuhnya-piawaian.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy