Penyamun Berusia 18 Tahun Diberkas Dalam 24 Jam di Serdang

SERDANG – Tidak sampai 24 jam dua penyamun memecah masuk sebuah kedai dan melarikan duit syiling s...

SERDANG – Tidak sampai 24 jam dua penyamun memecah masuk sebuah kedai dan melarikan duit syiling serta rokok, seorang daripadanya berjaya diberkas polis awal pagi kelmarin.

Sumber berkata, suspek berusia 18 tahun itu ditahan ketika berlegar-legar berhampiran kawasan komersil di Taman Kinrara Seksyen 1 kira-kira jam 1.30 pagi.

Kira-kira 22 jam sebelumnya, suspek dipercayai memecah masuk sebuah kedai di Taman Kinrara Seksyen 1 bersama seorang rakannya kira-kira jam 3.30 pagi.

Kejadian disedari pekerja kedai yang tidur dalam premis namun gagal menghalang perbuatan itu apabila suspek mengambil sebuah botol minuman keras dan
mengugut akan memecahkan kepala mereka.

Suspek melarikan duit syiling berjumlah RM300 dan beberapa karton rokok yang kesemuanya bernilai hampir RM2,000.

Kedua-duanya kemudian melarikan menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 ke arah tidak pasti.

Bertindak atas maklumat pemilik kedai, Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Bandar Kinrara diketuai Ketua Polis Balai, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin mengadakan Ops Khas Pencegahan Jenayah 2015.

Suspek yang cuba melarikan diri berjaya ditahan selepas gerak-gerinya diintip anggota sebelum itu.

“Berlaku pergelutan semasa membuat tangkapan kerana suspek bertindak agresif, namun dia yang tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini mengaku melakukan jenayah samun di kedai tersebut,” katanya.

Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dan disiasat bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/diberkas-tak-sampai-24-jam-1.371850

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Penyamun Berusia 18 Tahun Diberkas Dalam 24 Jam di Serdang
Penyamun Berusia 18 Tahun Diberkas Dalam 24 Jam di Serdang
http://3.bp.blogspot.com/-jPysv-uT1H8/VQ-Zp-wXnBI/AAAAAAAABQo/Y2T8Um2LnJ4/s1600/menyamun.PNG
http://3.bp.blogspot.com/-jPysv-uT1H8/VQ-Zp-wXnBI/AAAAAAAABQo/Y2T8Um2LnJ4/s72-c/menyamun.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/03/penyamun-berusia-18-tahun-diberkas.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/03/penyamun-berusia-18-tahun-diberkas.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy