Peniaga Down Town The Mines Buat Bantahan Selepas Diarahkan Berpindah

SERI KEMBANGAN – Notis arahan berpindah yang singkat menyebabkan lebih 100 peniaga Down Town The ...

SERI KEMBANGAN – Notis arahan berpindah yang singkat menyebabkan lebih 100 peniaga Down Town The Mines mengadakan bantahan aman kelmarin menuntut agar perpindahan itu ditangguhkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Peniaga memaklumkan mereka diberikan notis berpindah secara lisan  pada 25 Mac lalu dan dalam tempoh 10 hari diarahkan berpindah ke sebuah tapak baharu di Taman Equine, Puchong.

Salah seorang peniaga, Hamid Yusoff, 30, berkata, pihak pengurusan meminta peniaga mengosongkan gerai hingga 4 April dengan alasan pemilik tanah ingin menaikkan sewa hingga RM500,000.

“Kami bukan tak mahu pindah tapi, kami kesal sebab tempoh diberi terlalu singkat.

“Terdapat segelintir peniaga di sini yang dah bina struktur kekal di gerai mereka hingga ada yang mencecah kos RM30,000. Jadi perlukan masa untuk buka semula struktur itu termasuk proses mengemas barang-barang.

“Berilah peluang kepada kami untuk berniaga hingga lepas Aidilfitri. Kalau pindah ke tempat baru sekarang, kami tak tahu bagaimana sambutan orang ramai nanti di sana.

Lokasinya kurang strategik seperti di tapak sekarang,” katanya yang berniaga di situ sejak empat tahun lalu.

Bantahan yang bermula sekitar jam 1.30 petang itu turut disertai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) diketuai Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah.

Dalam pada itu, Mohd Ridzuan berkata, pengurusan mengarahkan mereka berpindah berikutan tapak dipercayai akan dibangunkan pemilik tanah untuk komersial.

“Saya minta penganjur tangguhkan dulu perpindahan itu bagi memberi peluang kepada peniaga," katanya.

Tambahnya, pihak Ikhlas bersama peniaga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat sebelum 4 April ini. SINARHARIAN

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Peniaga Down Town The Mines Buat Bantahan Selepas Diarahkan Berpindah
Peniaga Down Town The Mines Buat Bantahan Selepas Diarahkan Berpindah
http://1.bp.blogspot.com/-LYgDZwJFos8/VRlvyaK13wI/AAAAAAAABWs/AFHG7EGhPVI/s1600/bantahan%2Bpeniaga%2Bdown%2Btown%2Bthe%2Bmines.PNG
http://1.bp.blogspot.com/-LYgDZwJFos8/VRlvyaK13wI/AAAAAAAABWs/AFHG7EGhPVI/s72-c/bantahan%2Bpeniaga%2Bdown%2Btown%2Bthe%2Bmines.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/03/peniaga-down-town-mines-buat-bantahan.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/03/peniaga-down-town-mines-buat-bantahan.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy