Halloween party ideas 2015

KUALA LANGAT - “Pakcik agak seketul besi tu adalah sejenis bom lama dikenali sebagai ‘mortar’ yang biasa kita lihat di surat khabar dan televisyen.” Kata seorang penggali kubur, Abdul Wahab Manaf, 58, yang menjumpai bom lama ketika sedang mencangkul di kawasan tanaman kira-kira tiga meter dari kawasan tanah perkuburan di Batu 10 Kebun Baharu.

Ketika kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Abdul Wahab baru selesai menggali kubur selepas menerima maklumat terdapat ahli kariah yang meninggal dunia.

Menurutnya, selepas menggali kubur, seperti biasalah dia akan menggemburkan tanah di kawasan lapang bersebelahan dan tidak sangka cangkul yang digunakan terkena satu objek pelik sepanjang setengah meter.

“Pakcik ingat besi biasa tapi bila pakcik bersihkan nampak seketul besi macam bom lama yang pakcik rasa digunakan zaman perang Jepun dulu.

“Ini kejadian pertama sejak menjadi penggali kubur lebih 10 tahun lalu. Pakcik bimbang jugalah jika ada lagi bom lama yang sesat ketika menggali kubur selepas ini, aktif pula tu,” katanya kepada Sinar Harian semalam ketika menunggu Unit Pemusnah Bom (UPB) tiba di lokasi.

Dia segera memanggil seorang lagi rakannya yang turut sama membersihkan kawasan kubur tersebut bagi memastikan objek berkenaan adalah bom sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, objek yang menyerupai bom lama itu dianggarkan seberat 10 kilogram dan telah dialihkan oleh pihak polis dalam jarak 100 meter dari lokasi dijumpai sebelum menunggu UPB tiba untuk memusnahkan objek berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Batu 10 Kebun Baharu, Jamuri Mohd Ihsan berkata, setelah menerima aduan penduduk beliau segera ke lokasi untuk melihat sendiri.

Katanya, penemuan dipercayai bom lama itu sebenarnya baru kali pertama berlaku namun bimbang jika terdapat lagi butiran bom di kawasannya akibat pembinaan lebuhraya di kawasan itu.

“Saya harap penduduk yang menemui peluru hidup atau bom yang masih aktif segera  melaporkan kepada pasukan keselamatan.

“Kita juga harap penduduk jangan ambil mudah perkara ini kerana bom yang masih aktif boleh meletup dan menyebabkan kecederaan...kami minta mereka kawal anak-anak daripada bermain dengan bahan berbahaya itu,” katanya.

Mengulas mengenai isu banjir yang berlaku teruk di kawasan Tanah Perkuburan Batu 10 Kebun Baharu itu, Jamhuri berkata, beliau lega apabila sejak tiga tahun lalu masalah banjir di kawasan kubur berkenaan tidak lagi berlaku.

Katanya, beliau percaya selepas pembinaan lebuhraya bersebelahan siap, kerja- kerja penyelenggaraan laluan tepi kubur telah diperbaiki bagi mengelakkan air melimpah ketika hujan lebat berlaku.

Sementara itu, kira-kira jam 10.30 pagi semalam UPB dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor tiba di lokasi sebelum memusnahkan bom yang dipercayai masih aktif di kawasan berkenaan. - SINARHARIAN

Post a Comment

Mazuki Mustaffa

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} Tadaa!!! {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}
Powered by Blogger.