BRITAIN: Sebuah pesawat tanpa juruterbang atau lebih dikenali dengan 'Dron' telah digunakan dalam percubaan untuk menyeludup dadah dan senjata ke penjara Bedford.

Percubaan itu gagal apabila dron berkenaan telah tersangkut pada dawai di tembok keselamatan sebelum dijumpai oleh petugas penjara.

Kejadian yang berlaku 6 Mac lalu adalah kes pertama percubaan menceroboh penjara berkenaan menggunakan pesawat kawalan jauh

Pesawat buatan China itu didapati membawa muatan dadah, telefon bimbit, pemutar skru dan pisau.

Kemungkinan pengendali dron itu merancang menerbangkan pesawat berkenaan di luar tingkap penjara.

Bahagian Dalaman DJI Phantom 2 Vision

Pesawat yang dijumpai itu model  DJI Phantom 2 Vision yang mempunyai berat 1.1 kilogram dan mampu terbang sejauh 800 meter.

Model Dron ini boleh didapati menerusi dalam talian pada harga £900 (RM4,939).

Video Demonstrasi DJI Phantom 2 Vision

Post a Comment

Mazuki Mustaffa

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} Tadaa!!! {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}
Powered by Blogger.