Halloween party ideas 2015



KUCHING: Polis sedang menyiasat individu yang mengamuk di sebuah restoran makanan segera di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi itu telah berjaya dirakam CCTV dan telah tersebar ke media sosial.

Menurut pihak polis, kejadian tersebut berlaku akibat  salah faham dan rasa tidak puas hati pelanggan berkenaan apabila belum menerima milo panas yang sudah dibayar.
"Pengurus restoran membuat pesanan baru dan melayan pelanggan lain. Namun, lelaki itu terus marah sambil menghentak kaunter.
"Lelaki itu kemudian keluar dan masuk semula dalam restoran bersama lapan rakannya. Seorang daripadanya melompat ke kaunter dan menarik rambut pengurus restoran serta menolak monitor juruwang,".
Suspek telah meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki dua kereta, tiada kecederaan dilaporkan

Post a Comment

Mazuki Mustaffa

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} Tadaa!!! {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}
Powered by Blogger.