MBSA Optimis Jayakan Program Penghijauan Bandar

PELBAGAI inisiatif dilaksanakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi memastikan bandar raya ini ...

PELBAGAI inisiatif dilaksanakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi memastikan bandar raya ini dipenuhi kawasan hijau dan mewujudkan aktiviti kepada komuniti setempat.

Program penghijauan bandar yang dipraktikkan MBSA antaranya membangunkan Kebun Komuniti di kawasan lapang seluas 0.96 hektar menerusi program pertanian bandar di Kolam Tadahan, Jalan 8/3, Seksyen 8.

Kebun Komuniti yang menanam 19 jenis sayuran itu diusahakan bersama dengan MBSA dan Persatuan Penduduk Lapan Timur (PP8T), dengan segala keperluan dan kelengkapan disediakan pihak majlis diharapkan dapat menjadi platform kepada komuniti setempat untuk berekreasi dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Bagi mendidik masyarakat bijak menguruskan sumber, MBSA turut memperkenalkan Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) yang dilaksanakan bagi menguruskan sumber air larian semula jadi untuk kegunaan penyiraman pokok dan pembersihan.

Pelaksanaan sistem ini juga berupaya menjimatkan kos penggunaan air di premis kediaman dan bangunan awam.

Selain itu, MBSA turut menekankan kesedaran memelihara alam sekitar dengan membangunkan program pengkomposan sisa dengan konsep kitar semula sisa bahan dapur.

Bukan itu sahaja, MBSA juga menjayakan program penghijauan bandar melalui program penanaman pokok ‘Shah Alam Trees For Life 2015’ di sepanjang Jalan Monfort, Seksyen U2.

Sebanyak 1,500 anak pokok daripada dua jenis spesies iaitu Tecoma atau Tabebuia Rosea dan pokok Kiara Payung atau Felicium Decipiems yang ditanam sepanjang 1.6 kilometer bertujuan memberikan wajah baharu dengan konsep teduhan hijau di kawasan persekitaran tersebut.

Dalam pada itu, bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam pelaksanaan amalan persekitaran hijau, MBSA mengambil inisiatif menyertai kempen ‘We Love Cities’ yang dianjurkan World Wildlife Fund (WWF) bermula dari 26 Januari hingga 27 Mac ini.

Kempen ini sebahagian daripada usaha MBSA mendapat anugerah ‘National Earth Hour Capital Awards’ yang akan berlangsung pada 9 April 2015 di Korea Selatan sempena Kongres Dunia ICLE.

Orang ramai khususnya warga Shah Alam boleh mengundi dan menyokong inisiatif hijau yang dilaksanakan MBSA menerusi laman sesawang ‘We Love Cities’ iaitu http://www.welovecities.org/shah-alam.

Sebagai tanda sokongan, orang ramai boleh memuat naik gambar tempat pelancongan, lokasi menarik, mercu tanda dan bangunan di sekitar Shah Alam melalui Instagram dengan keterangan gambar #weloveshahlam.

Sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/optimis-hijaukan-kawasan-bandar-raya-1.372225

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: MBSA Optimis Jayakan Program Penghijauan Bandar
MBSA Optimis Jayakan Program Penghijauan Bandar
http://1.bp.blogspot.com/-z_HpiTnmcOo/VRDS6uRii7I/AAAAAAAABRk/Nf3DnR0Dix0/s1600/%E2%80%98Shah%2BAlam%2BTrees%2BFor%2BLife%2B2015.PNG
http://1.bp.blogspot.com/-z_HpiTnmcOo/VRDS6uRii7I/AAAAAAAABRk/Nf3DnR0Dix0/s72-c/%E2%80%98Shah%2BAlam%2BTrees%2BFor%2BLife%2B2015.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/03/mbsa-optimis-jayakan-program.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/03/mbsa-optimis-jayakan-program.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy