Kementerian Pengangkutan Menekankan Lebih Banyak Program Pendidikan

MELAKA ,- Kementerian Pengangkutan menekankan lebih banyak program pendidikan dan kempen advokasi ...

MELAKA,- Kementerian Pengangkutan menekankan lebih banyak program pendidikan dan kempen advokasi keselamatan jalan raya perlu dilaksanakan secara holistik dan berterusan sebagai satu daripada usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata usaha itu perlu bermula di peringkat sekolah dan menyasarkan golongan pelajar sebagai pendekatan awal memupuk dan meningkatkan kesedaran tentang isu keselamatan jalan raya.
"Memang kita perlu ambil tindakan holistik berhubung kadar kemalangan dan kematian akibat jalan raya yang semakin meningkat ini lebih-lebih lagi 60 peratus daripada mangsa kemalangan jalan raya yang maut adalah penunggang dan pembonceng motosikal.
"Berdasarkan rekod kebanyakan kemalangan ini berlaku berpunca daripada sikap pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang memandang remeh isu keselamatan ketika berada di jalan raya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA Bukit Katil di sini, Rabu malam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan operasi besar-besaran khusus bagi mengesan penunggang motosikal yang melanggar peraturan jalan raya termasuk mengubah suai kenderaan

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata operasi itu ekoran peningkatan statistik 'Ops Selamat' sempena Tahun Baharu Cina Februari lepas yang menunjukkan peningkatan jumlah kemalangan dan kematian dengan pengguna motosikal merekodkan jumlah kematian tertinggi.

Liow juga berkata Skuad Muda 1JPJ memainkan peranan menyebar luas maklumat keselamatan jalan raya dan mengingatkan golongan sasar terutama penunggang motosikal untuk mematuhi peraturan jalan raya.
"Skuad Muda 1JPJ ini diwujudkan untuk menjadi platform mendekati pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang kebanyakannya terdiri daripada golongan muda," katanya.
Beliau berkata sehingga kini Skuad Muda 1JPJ mempunyai kira-kira 47,000 anggota terdiri daripada golongan muda.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata PDRM diharap dapat terus mengekang pembabitan rakyat negara ini dalam kegiatan militan IS bagi memastikan ia tidak menular dalam masyarakat.
"Rakyat berbilang kaum di negara ini juga digesa bersama-sama menghadapi ancaman IS ini dan menyalurkan maklumat kepada polis bagi membanterasnya," katanya. BERNAMA

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Kementerian Pengangkutan Menekankan Lebih Banyak Program Pendidikan
Kementerian Pengangkutan Menekankan Lebih Banyak Program Pendidikan
https://2.bp.blogspot.com/-AJSQ14_Jpfk/VRbUqc4XqZI/AAAAAAAABVs/QCWQvdA8-7w/s1600/liow.PNG
https://2.bp.blogspot.com/-AJSQ14_Jpfk/VRbUqc4XqZI/AAAAAAAABVs/QCWQvdA8-7w/s72-c/liow.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/03/kementerian-pengangkutan-menekankan.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/03/kementerian-pengangkutan-menekankan.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy