Industri Automobil Mampu Tingkatkan Ekonomi Kedah

LANGKAWI , - Pelaburan dalam industri pemasaran automobil boleh membantu Kedah dalam usaha transfo...

LANGKAWI, - Pelaburan dalam industri pemasaran automobil boleh membantu Kedah dalam usaha transformasi ekonomi negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurutnya, minat yang dipaparkan kalangan penggiat industri itu untuk bertapak di Kedah, mampu membuka lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan bagi rakyat negeri itu.

Berucap merasmikan Pusat Servis 3S (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) Volkswagen Langkawi di sini, hari ini, beliau menyifatkan pelaburan sedemikian dapat memenuhi kemahiran dan kemampuan rakyat bagi meningkatkan ekonomi mereka.

"Bagi kami, ia memberi kesan besar terhadap pertumbuhan ekonomi kerana menyediakan pekerjaan yang baik selain turut mempengaruhi perkembangan ekonomi serta kesan limpahan dan manfaat lain," katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan.

Menurut Mukhriz, Volkswagen yang dikenali kerana produk automobilnya yang berkualiti, tidak hanya menekankan aspek kecanggihan teknologi tetapi turut merangkumi kepentingan tenaga pekerjanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata syarikat itu telah menikmati pertumbuhan positif sejak sekian lamanya dengan lebih 40,000 pelanggan serta 38 pusat pengedar di serata negara ini.

Sambil menyifatkan Malaysia sebagai pasaran penting bagi jenama automobil terkemuka itu, beliau berkata kumpulan itu telah membelanjakan lebih RM20 juta bagi membangun serta melatih tenaga tempatan untuk memantapkan lagi perkhidmatannya di sini.

"Selain itu, program latihan dan pemindahan pengetahuan masih lagi dijalankan. Malah, kami turut membawa pakar Volkswagen dari Jerman untuk tujuan latihan di Malaysia," katanya. BERNAMA

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Industri Automobil Mampu Tingkatkan Ekonomi Kedah
Industri Automobil Mampu Tingkatkan Ekonomi Kedah
https://4.bp.blogspot.com/-IGuPZlEvyqc/VRbRADD0RfI/AAAAAAAABVU/WPVAEUGNkTA/s1600/Pusat%2BServis%2B3S%2B(jualan%2C%2Bperkhidmatan%2Bdan%2Balat%2Bganti)%2BVolkswagen.PNG
https://4.bp.blogspot.com/-IGuPZlEvyqc/VRbRADD0RfI/AAAAAAAABVU/WPVAEUGNkTA/s72-c/Pusat%2BServis%2B3S%2B(jualan%2C%2Bperkhidmatan%2Bdan%2Balat%2Bganti)%2BVolkswagen.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/03/industri-automobil-mampu-tingkatkan.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/03/industri-automobil-mampu-tingkatkan.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy