Anak 3 Tahun Dilarikan Suami Warga Myanmar

SHAH ALAM – “Pulangkan anak saya. Saya bimbang keselamatannya,” demikian luah Siti Sarah Azalan, ...

SHAH ALAM – “Pulangkan anak saya. Saya bimbang keselamatannya,” demikian luah Siti Sarah Azalan, 26, yang terus berharap anak lelakinya, Mohd Aris Iqram, 3, yang tidak ditemui sejak Selasa lalu dipulangkan segera.

Menurutnya, anaknya itu diambil bapanya warga Myanmar berusia 38 tahun Selasa lalu dan berjanji akan memulangkannya pada hari berikut, bagaimanapun bayangnya tidak kelihatan dan lelaki itu tidak dapat dihubungi sehingga hari ini.

“Memang dah jadi kebiasaan ayahnya itu akan ambil anak setiap bulan dan pulangkannya, tetapi tidak kali ini.  Bulan ini dah tiga kali dia ambil anak tetapi kali ini sudah lima hari kami tunggu tapi bayang dia pun tak kelihatan,“ katanya kepada Sinar Harian.

Siti Sarah berkata, dia dan keluarga telah cuba mencari lelaki berkenaan di banyak kawasan termasuk asrama tempatnya bekerja tetapi gagal dikesan.

“Saya telah cuba hubungi telefon bimbitnya tapi telah dimatikan. Saya cuba tanya kawan-kawan dia dan tempat dia bekerja tetapi mereka juga tidak tahu dia ke mana sejak Selasa dia tidak muncul.

“Saya bimbang keselamatan anak saya. Sesiapa yang ada ternampak minta segera hubungi sana di talian 017-6845426,” katanya.

Siti Sarah percaya, lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci itu masih berada dalam negara memandangkan pasport dan permit kerjanya masih berada di tangan majikan.

Sehubungan itu, dia telah membuat laporan polis mengenai kehilangan tersebut Khamis lalu dan sekali lagi kelmarin.

Sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pulangkan-anak-saya-1.371844

COMMENTS

Name

Advertorial,1,APTB,8,Bersalin,2,Camry,1,Dalam Negara,10,Darah Tinggi,1,Diabetes,6,Ford,1,Gaya Hidup,12,Hiburan,1,Honda,2,Honda Malaysia,2,Info Sihat,26,Isu Semasa,29,Kehamilan,15,Keibubapaan,1,Luar Negara,6,Matrade,1,Obesiti,4,Perhubungan,10,Permotoran,8,Perodua,1,Selangor,11,Soal Jawab Kesihatan,20,Toyota,1,Video,25,Viral,11,Volkswagen,1,Vpermotoran,4,Vsihat,7,
ltr
item
Selangor2u: Anak 3 Tahun Dilarikan Suami Warga Myanmar
Anak 3 Tahun Dilarikan Suami Warga Myanmar
http://1.bp.blogspot.com/-Z_3De7rsQyc/VQ-dfXimmBI/AAAAAAAABQ8/VB05wztj-q8/s1600/anak%2Bdilarikan%2Bsuami%2Bmyanmar.PNG
http://1.bp.blogspot.com/-Z_3De7rsQyc/VQ-dfXimmBI/AAAAAAAABQ8/VB05wztj-q8/s72-c/anak%2Bdilarikan%2Bsuami%2Bmyanmar.PNG
Selangor2u
http://www.selangor2u.com/2015/03/anak-3-tahun-dilarikan-suami-warga.html
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/
http://www.selangor2u.com/2015/03/anak-3-tahun-dilarikan-suami-warga.html
true
1104529205098773747
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy