Seramai 2.6 Juta rakyat Malaysia mengidap penyakit diabetes atau kencing manis yang dikesan dalam kalangan orang dewasa seawal berusia 20 tahun.

Daripada jumlah itu, Kelantan mendahului negeri lain apabila tertinggi direkodkan penghidap kencing manis iaitu mencecah 300,000 orang.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, trend akhir-akhir ini menunjukkan kencing manis menyerang golongan muda  seawal usia  20 tahun hingga 30 tahun disebabkan oleh  faktor pemakanan dan gaya hidup kurang sihat.

“Masyarakat kena ubah cara hidup agar mengamalkan cara hidup sihat. Juga dinasihatkan jangan mengambil makanan yang terlalu manis dan perbanyakkan senaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Saringan Kesihatan Bersama Masyarakat Siam di Kampung Jubakar Darat di Wat Machimaran dekat sini, semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Maher, Timbalan Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz dan Naib Ketua Umno Bahagian Wan Hanapi Wan Yaakob.

Sebelum itu, di Pantai Sri Tujoh Dr Hilmi bersama rakyat  Tumpat menjayakan Program Gegar 10,000 Langkah Merdeka peringkat negeri yang disertai lebih 2000 orang.

Berkenaan wabak denggi, Dr. Helmi berkata, kes demam denggi di Selangor dan Kelantan menunjukkan penurunan sepanjang tempoh dua minggu kebelakangan ini.



Sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/300-000-penghidap-kencing-manis-di-kelantan-1.314522

Post a Comment

Mazuki Mustaffa

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} Tadaa!!! {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}
Powered by Blogger.