Pernahkah anda mengorat seseorang tetapi dia menolak dan hanya inginkan anda menjadi kawannya? 

Jika pernah, artikel ini akan berikan anda jalan penyelesaian untuk menukar status dia dari kawan kepada teman wanita. Terima sahaja cadangan dia untuk jadikan anda sebagai kawannya kerana ia lebih baik dari tiada peluang langsung. 

Ketika berkawan, anda pikatlah dia supaya dia fikir andalah yang bakal membahagiakan hidupnya.

 Berikut adalah empat tip yang boleh membantu anda untuk memikat dia supaya menerima anda sebagai pasangannya.

Tip pertama ; Tunjukkan anda boleh berkawan dengannya.

Layan dia seperti seorang kawan dan lakukan apa yang seorang kawan patut lakukan. Dari sini, dia tahu anda seorang yang boleh menghormati keputusan orang lain.

Tip kedua ; Tunjukan pada dia bahawa anda seorang yang memiliki masa hadapan yang jelas.

Wanita akan lebih mudah menerima seorang lelaki yang jelas dengan masa hadapan hidupnya berbanding lelaki yang tidak tahu apa yang hendak di lakukan dalam hidupnya. Tunjukkan pada dia bawah anda memang ada rancangan untuk masa depan dan anda sedang berusaha mencapainya.

Tip ketiga ; Tunjukkan bahawa anda seorang yang tegas.

Biarkan dia tahu anda seorang yang tegas dan bersikap matang menjalani hidup.

Tip keempat ;Kongsikan perasaan gembira dengan dia.

Apabila anda berjaya melakukan sesuatu atau anda alami perasaan gembira, anda kongsikan ia bersama dengan dia. Lama kelamaan dia mula rasa selesa dan seronok bersama dengan anda.

Post a Comment

Mazuki Mustaffa

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} Tadaa!!! {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}
Powered by Blogger.