Halloween party ideas 2015

Diabetes atau lebih dikenali dengan 'Kencing Manis' adalah antara penyakit pembunuh utama di Malaysia malah juga di seluruh dunia.

Seseorang individu akan dikatakan menghidap diabetis apabila kandungan glukosa dalam darah adalah tinggi disebabkan pengambilan makanan harian.

Secara amnya, kencing manis boleh dikelaskan dalam 2 jenis:

1. Diabetes Jenis Pertama

Diabetes jenis ini dikatakan diabetes yang bersandarkan kepada insulin. Untuk jenis pertama, ia adalah kencing manis pada kebiasaanya berlaku kepada golongan muda. Hal ini berlaku oleh sebab kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.

Kegagalan semulajadi penghasilan insulin oleh badan ini akan menyebabkan pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk mengawal tahap glukosa dalam darah

2. Diabetes Jenis Kedua

Diabetes jenis ini boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. 

Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

Rujukan
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_manis

Next
Newer Post
Previous
This is the last post.

Post a Comment

Mazuki Mustaffa

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} Tadaa!!! {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}
Powered by Blogger.