Halloween party ideas 2015

Kes demam campak di Selangor bagi suku pertama tahun ini mencatatkan peningkatan susulan tindakan ibu bapa menolak suntikan vaksin dan imunisasi untuk anak mereka, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Zailan Adnan.

Beliau berkata sebanyak 403 kes demam campak dilaporkan di negeri itu pada suku pertama tahun ini berbanding hanya 23 kes pada 2014 dan 498 kes tahun lalu.
"Keengganan golongan berkenaan (ibu bapa mendapatkan suntikan vaksin dan imunisasi bagi anak mereka) dilihat menyumbang kepada peningkatan kes measles (demam campak) di negeri ini," katanya dalam sidang media selepas menyertai forum terbuka bertajuk "Adakah Suntikan Vaksin Selamat?" di Cyberjaya University College of Medical Sciences.
Beliau berkata lebih 500 kes penolakan suntikan vaksin dan imunisasi dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Jumlah itu agak membimbangkan apabila menunjukkan trend peningkatan mendadak berbanding hanya 637 kes penolakan suntikan dilaporkan pada 2013, 918 kes pada 2014 dan 1,541 kes sepanjang tahun lalu, katanya.
"Di Selangor sendiri dalam suku pertama tahun ini sahaja sebanyak 29 keluarga menolak untuk anak mereka diberikan suntikan vaksin dengan pelbagai alasan seperti merasakan suntikan berkenaan mempunyai kesan sampingan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Tan Ann Ling berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa suntikan vaksin dan imunisasi membawa kesan sampingan teruk adalah tidak tepat kerana statistik menunjukkan sebaliknya.

Beliau berkata sebagai contoh daripada 10,000 proses pemberian suntikan itu, sebanyak 98 peratus daripada penerima tidak mengalami sebarang kesan sampingan atau dikenali sebagai Adverse Events Following Immunization (AEFI) malah hanya mengalami alahan ringan seperti demam, pening kepala atau ruam di kawasan suntikan. -AstroAwani

Cadangan: Wujudkan Undang-undang Wajibkan Imunisasi Kepada Kanak-kanak

Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan beberapa kementerian lain, termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tentang cadangan mewujudkan undang-undang mewajibkan suntikan imunisasi kepada kanak-kanak di Malaysia. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata pada masa ini belum ada undang-undang khusus berkaitan suntikan imunisasi dan sebaiknya perkara itu diwajibkan kepada semua kanak-kanak. "Selain itu Kementerian Kesihatan juga akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengeluarkan fatwa mewajibkan suntikan itu.
"Saya juga berharap agar masjid-masjid di seluruh negara dapat membaca khutbah berkaitan kepentingan imunisasi pada solat Jumaat supaya orang ramai diberi kesedaran agar tidak terus melakukan penganiayaan terhadap anak-anak apabila enggan mengambilnya (suntikan)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada pesakit kanser di Hospital Seberang Jaya (HSJ). 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dua kes terbaru difteria di Sabah dengan seorang daripadanya kanak-kanak berusia tiga tahun yang tidak menerima imunisasi meninggal dunia, manakala seorang lagi sedang dirawat di hospital.

Dr Hilmi berkata ibu bapa yang anak-anak mereka belum mengambil suntikan imunisasi itu boleh berbuat demikian di klinik kesihatan berhampiran, tanpa mengira berapa usia kanak-kanak itu. -BeritaHarian

Kementerian Kesihatan Tak jadi Wajibkan Vaksin

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Pengambilan vaksin tidak diwajibkan ketika ini, tetapi terdapat keperluan untuk terus mendidik ibu bapa tentang perlunya mereka memastikan anak masing-masing mendapat suntikan pelalian, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Sambil menegaskan bahawa bukan semua perkara boleh dikuatkuasakan melalui undang-undang, namun, kata beliau, kesedaran tentang kepentingan mendapatkan vaksin bagi mencegah penyakit seperti difteria, rubela dan penyakit lain masih rendah dalam kalangan ibu bapa, khususnya di luar bandar.
"Perkara yang akan difokuskan ialah terus menyedarkan orang ramai bahawa mereka bukan tinggal secara bersendirian di sebuah pulau terpencil dan oleh itu, mereka membahayakan orang lain sekiranya anak mereka tidak diberi vaksin," katanya kepada pemberita di SJK (T) Ampang di sini semalam.
Dr Subramaniam berkata dalam menghadapi isu vaksin, beliau menjangka cabaran besar akan dihadapi dalam menangani tiga kumpulan berkenaan iaitu kumpulan antivaksin, miskin tegar dan pendatang.

Ketika menyuarakan kebimbngan beliau tentang penularan penyakit difteria, beliau menyeru ibu bapa supaya lebih bersikap terbuka tentang pemberian vaksin terhadap anak mereka.

Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan juga merancang untuk bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mendidik orang ramai tentang kepentingan mengambil vaksin kerana ia melibatkan keluarga.
"Mungkin ada kes, si ibu mahu anaknya diberi vaksin, tetapi si bapa tidak mahu. Isu ini agak kompleks dan perlu ditangani dengan sewajarnya," kata beliau.
Setakat ini, 13 kes difteria disahkan di seluruh negara, lima daripadanya melibatkan kematian. — Bernama

Fakkah dalam salah satu pertunjukan komedinya baru-baru ini membuat perbandingan Bahasa Melayu ditutur rakyat Singapura dan Malaysia.

Selepas memberikan beberapa perbezaan istilah Melayu kedua-dua negara itu, Fakkah kemudian menyebut perkataan “thief” bagi Melayu Singapura ialah “pencuri”, tetapi di Malaysia, ia sama erti dengan “perdana menteri”.

Fakkah, yang merupakan antara pelawak paling popular di Singapura dan mengadakan persembahan di Hong Kong, Australia dan New York, semalam meminta maaf sekiranya jenaka beliau mengguris hati.
“Saya hanya mahu menghibur. Saya ucapkan Selamat Hari Raya,” kata beliau sambil memuat naik klip video memaparkan baju-T “Relax lah, it’s just Singapore”.

Lawak ‘PM = pencuri’ tak kelakar bagi Pemuda Umno Selangor

Shah Alam: Klip video pelawak Singapura Fakkah Fuzz di mana beliau berkata perkataan “pencuri” di Malaysia boleh juga diterjemahkan sebagai “perdana menteri”, tidak disenangi Pemuda Umno Selangor.

Berang dengan jenaka tersebut, ketuanya Zainuri Zainal mahu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan terus Fakkah daripada memasuki negara.
“Sebagai seorang pelawak, terdapat pelbagai cara dan idea untuk menghiburkan audien,” katanya dalam satu kenyataan.
Fakkah dalam salah satu pertunjukan komedinya baru-baru ini membuat perbandingan Bahasa Melayu ditutur rakyat Singapura dan Malaysia.

Selepas memberikan beberapa perbezaan istilah Melayu kedua-dua negara itu, Fakkah kemudian menyebut perkataan “thief” bagi Melayu Singapura ialah “pencuri”, tetapi di Malaysia, ia sama erti dengan “perdana menteri”.

Fakkah, yang merupakan antara pelawak paling popular di Singapura dan mengadakan persembahan di Hong Kong, Australia dan New York, semalam meminta maaf sekiranya jenaka beliau mengguris hati.
“Saya hanya mahu menghibur. Saya ucapkan Selamat Hari Raya,” kata beliau sambil memuat naik klip video memaparkan baju-T “Relax lah, it’s just Singapore”.
Zainuri bagaimanapun berkata permintaan maaf Fakkah tidak memadai kerana “kesannya sangat mendalam terhadap hati dan perasaan rakyat Malaysia”.

“Nasihat kami kepada Fakkah, jangan masuk campur urusan Malaysia, cermin dahulu wajah sendiri. Bak kata pepatah jangan jadi seperti ayam yang lantang berkokok tetapi ekor terpalit najis.” -FM

Fakkah Minta Maaf Isu Lawak 'PM-Pencuri'

Fakkah Fuzz semalam (2 Julai) meminta maaf atas perbuatannya itu dan berkata beliau tidak berniat untuk menyakiti perasaan atau mencetuskan sebarang pertelingkahan.

Beliau juga berkata kedua-dua video beliau menyebut PM Najib dalam jenakanya itu sudahpun diturunkan dari laman media sosial oleh beliau sendiri.
"Saya ingin secara ikhlas memohon maaf jika saya secara tidak sengaja menyakitkan perasaan saudara-saudara saya di seberang Tambak.
"Ia bukan niat saya untuk menyakiti atau mencetuskan pertelingkahan di kalangan sesiapa. Saya juga bukan menuduh sesiapa apa-apa. Ia hanya jenaka berdasarkan ehwal semasa," katanya dalam catatan di laman Facebooknya. -MediaCorp

Video Persembahan Lawak "Difference between Singaporan Malays and Malaysian Malays"



Selangor mencatat jumlah kemalangan tertinggi termasuk membabitkan maut di seluruh negara sepanjang tempoh empat hari pertama Ops Selamat 9/2016.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mahamad Khir Darus, berkata berdasarkan rekod sejumlah 6,312 kes kemalangan direkodkan berlaku sepanjang tempoh itu, iaitu meningkat 10.7 peratus berbanding 5,702 kes pada 2015.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 64 kes membabitkan kemalangan maut dengan 73 kematian yang direkod menurun 102 kematian melalui 89 kemalangan maut pada tahun lalu.

"Dari jumlah kemalangan yang berlaku, Selangor mencatat kemalangan paling tinggi iaitu 2,051 kes, diikuti Kuala Lumpur (895), Johor (859), Pulau Pinang (478) dan Perak (435).

"Selain itu, Selangor juga mencatat jumlah tertinggi kemalangan maut dengan 16 kes, diikuti Perak dan Johor masing-masing tujuh kes, manakala Pahang dan Pulau Pinang pula masing-masing enam kes," katanya ketika ditemui di sini, petang ini.

Terdahulu, beliau yang ditemani Komander Subtek Zon Utara, Superintenden Ahmad Adnan Basri, turut melawat Markas Taktikal Ops Selamat Zon Utara di Sekolah Latihan Akademi Kepolisian (SLAK) di sini.

Sementara itu, Mahamad Khir berkata sepanjang empat hari operasi ini juga, sejumlah 70,775 saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan kepada pemandu.

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan lebih 1,000 saman dengan majoriti kesalahan membabitkan penggunaan telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan dan garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, kesalahan had laju dan lampu isyarat, selain lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

"Dalam operasi ini juga enam kesalahan utama akan dikenakan saman serta-merta RM300, di mana tiada tolak ansur diberikan...kita juga akan memberi tumpuan utama kepada penggunaan lorong kecemasan oleh pengguna di lebuh raya," katanya. (C) Berita Harian

Tidak lengkap jika setiap kali raya tidak menonton iklan-iklan raya yang disediakan oleh agensi-agensi besar di Malaysia. Selalunya iklan Petronas akan menjadi tumpuan kerana kita selalu ternanti-nanti dengan harapan yang tinggi. Disini kami kumpulkan semua iklan raya 2016 untuk tontonan pembaca kami.

1. Erti Raya oleh Maghfirah Media Group

Dibintangi oleh Beto Kusyairy, drama pendek ini mengisahkan Beto yang sibuk bekerja sehingga tidak mempunyai masa untuk meluangkan masa beraya bersama ibu dan bapanya. Setelah kehilangan ibubapanya, raya tidak lagi membawa erti kepada beliau. Tonton video diatas untuk mengetahui kesudahan ceritanya.

2. Vroom Vroom oleh Petronas

Jika anda seorang bapa yang mempunyai anak, tempatkan diri anda dalam situasi lelaki dalam video ini yang membesarkan anak tanpa ibu. Walau bagaimanapun, rata-rata pengguna internet mendapati iklan raya petronas kali ini kurang menyengat dan tidak berapa ada perkaitan dengan raya itu sendiri.

3. Rezeki Yang Dikongsi Lebih Diberkati oleh TM

Sofea adalah seorang yang berhati mulia, tidak suka kepada pembaziran malahan sentiasa membantu golongan yang susah. Sifat Sofea yang pada mulanya menjadi sindiran, tetapi akhirnya memberi keinsafan kepada rakan-rakannya supaya bersama-sama berkongsi juadah kepada mereka yang memerlukan.
Di hari yang mulia ini, semoga amalan berkongsi sentiasa berterusan dan agar ikatan silaturahim sesama insan dapat dieratkan. Rezeki yang dikongsi lebih diberkati.

4. #LepasTu oleh TNB

Menonjolkan erti apa itu ikhlasan dalam memohon maaf. Tiada apa yang perlu disembunyikan walaupun berat untuk diluahkan. Akhirnya kemaafan yang diharapkan diakhir pengakuan.

5. #Sarikatahati oleh Maxis

Teknologi memudahkan kita untuk berhubung dengan mereka yang tersayang. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang ketinggalan.
Bila mereka asyik bertanya tentang itu dan ini, adakah mereka betul-betul bertanya tentang teknologi? Atau adakah udang di sebalik skrin?

6. #bahuluemak oleh MYNIC Loop

Mengisahkan seorang anak yang ingin menajadikan makan tradisional 'Bahulu' emaknya mendapat tempahan yang banyak. Pelbagai cara dilakukan bermila dengan pengiklanan menggunakan flyers sehingga ke jualan atas talian.

7. Siberturahim oleh Samsung

Mungkin ini iklan yang paling ringkas namun paling kreatif bagi kami. Hanya menggunakan applikasi Whatsapp tanpa memerlukan pelakon yang ramai. Iklan Samsung antara yang mencuri tumpuan pelayar internet.

8. #Rayanimesticun oleh Watsons

Watson tampil dengan iklan raya dan mempromosikan perniagaan mereka dengan cara tersendiri. Dengan menyediakan lagu tersendiri iklan ini antara yang kreatif.

9. Selalu Dihati oleh Mydin

Mempunyai mesej yang tersendiri. Perlu menonton iklan ini sehingga habis.

10. Berikan Masa oleh Astro

Kisah Benar: Zika. Masa. Anugerah paling bermakna. Adakah masa buat anda terluka? Adakah masa buat anda tidak menghargai segala-galanya? Ikuti kisah Zika yang alpa dengan masa silamnya. Cukupkah masa yang kita berikan untuk yang tersayang
"Kita Selalunya Tidak Menghargai Sesuatu Sehingga Kita Kehilangnya"

11. Kempen Breeze Raya oleh Breeze

Di sebalik setiap kotoran, ada kemurahan hati. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita curah kasih kepada yang kurang bernasib baik dengan menderma baju raya. Untuk maklumat selanjutnya, ikuti www.ulmhomecare.com.my

12. Pengacau Ballik Raya oleh BSN

Ingat lagi tak keluarga Colonel Bakar bersama menantu pengacaunya, Aloysius? Jom kita saksikan telatah keluarga ini, siapa yang akan mengacau siapa dalam sambungan episod pengacau raya kali ni?
Iklan pengacau 2015 ini merupakan kesinambungan iklan raya 2015 oleh BSN

Dalam beberapa hari lepas, kita telah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak disambar api ketika berada dalam kereta semasa ibunya mengisi minyak. Kanak-kanak terbabit dilaporkan melecur 15 peratus di bahagian muka.

Kejadian berkenaan berlaku di stesen minya Guchil,Kuala Krai, Kelantan. Ketika ibu mangsa mengisi minyak petrol secara tiba-tiba api telah menyambar ke dalam kereta. Mujur api dapat dipadamkan oleh pembantu stesen minyak berkenaan.
"Saya hairan bagaimana dia bermain dengan pemetik api sedangkan saya tidak merokok. "Mungkin dia mengambil pemetik api di rumah," kata bapa mangsa.
Kejadian ini telah berjaya di rakam oleh CCTV.



Wanita Disambar Api Menggunakan Telefon Bimbit Ketika Mengisi Minyak

Seorang wanita telah disambar api distesen minyak apabila telefon bimbit milik mangsa disambar api. Wanita berkenaan telah melecur 60 peratus dibahagian badannya.

Pengurus stesen minyak di Taman Setapak Indah itu, Muhd Haikal Kamarudin berkata, selepas pekerjanya membuka pintu kereta berkenaan, kepulan asap keluar dari kereta itu, manakala wanita berkenaan meronta-ronta kesakitan akibat melecur 60 peratus bahagian badannya.

Mangsa yang berusia 25 tahun dikatakan sedang mengisi minyak sambil menggunakan telefon bimbit sebelum berlaku percikan api hingga menyambar telefon bimbitnya dalam kejadian 1.25 tengah hari itu.

Wanita itu dipercayai masuk ke dalam keretanya dan menutup pintu kereta jenis Perodua Axia itu.
“Sebaik pekerja saya membuka pintu kereta, dia melihat terdapat banyak kepulan asap keluar dengan seluruh tubuh mangsa melecur bersama kulitnya melekat di belakang tempat duduk penumpang," 
Muhd Haikal berkata semasa pekerja membuka pintu kereta itu, api sudah padam dan pekerjanya menutup seluruh kawasan stesen minyak itu serta menghubungi pihak polis dan bomba.

Pekerja stesen minyak berkenaan juga telah menghalang orang ramai daripada mendekati mangsa dan kawasan kejadian. Mereka yang telatih telah bertindak memberikan bantuan awal sebelum bantuan tiba.
Rujukan: http://www.hmetro.com.my/node/148606

Utamakan Keselamatan Ketika Di Pam Minyak

Jadi, untuk pengguna kenderaan yang mengisi minyak di stesen minyak, anda perlu patuhi semua langkah keselematan yang telah ditetapkan. Sila rujuk tanda-tanda amaran yang telah disedikan disetiap stesen minyak untuk mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Mazuki Mustaffa

{picture#YOUR_PROFILE_PICTURE_URL} Tadaa!!! {facebook#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}
Powered by Blogger.